Khatan


Khatan
Khatan yang dilakukan di Asia Tengah, s. 1865–1872
ICD-10-PCS0VBT
ICD-9-CMV50.2
MeSHD002944
Kod OPS-3015–640.2
MedlinePlus002998
eMedicine1015820
Khatan

Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.

Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.

Zakar Yang Sudah Di Sunat.
Zakar yang telah dikhatan.
Ukiran gua Mesir Purba tentang berkhatan, pada dinding dalam Kuil Khonspekhrod, c. 1360 SM.
Zakar yang belum dikhatan semasa tegang. Pada kebanyakan lelaki yang belum dikhatan, kulit khatan (kulup) akan bergerak ke belakang kepala zakar secara semulajadi dan kelihatan hampir sama dengan zakar lelaki yang telah dikhatan.

Kebiasaannya anak anak lelaki boleh dikhatankan sejak usia mereka Masih kecil anggaran usia 5 tahun akan tetapi Dunia permodenan akhir ini juga turut mempercepatkan kaedah berkhatan jadi ibu bapak boleh khatankan anak mereka sejak Masih bayi.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne