Meta Platforms

Meta Platforms, Inc. (nama lama Facebook, Inc., hingga Oktober 2021) ialah sebuah konglomerat multinasional Amerika yang berpangkalan di Menlo Park, California. Syarikat ini merupakan pertubuhan induk bagi Facebook serta anak-anak syarikat. Meta merupakan antara syarikat-syarikat paling bernilai global dan tergolong daripada kelompok Big Five dalam bidang perusahaan teknologi maklumat Amerika bersama-sama Amazon, Alphabet, Apple dan Microsoft. Kebanyakan hasil pendapatan syarikat ini terbit daripada penjualan peletakan iklan kepada para peniaga.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne