Search wikipedia

10 results found for: “Facebook”.

Request time (Page generated in 0.3084 seconds.)

Facebook

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. (kini Meta Platforms). Sejak 2006...

Last Update: 2022-11-15T07:28:13Z Word Count : 1833

View Rich Text Page View Plain Text Page

Facebook Portal

Facebook Portal ialah jenama paparan pintar yang dibangunkan pada 2018 oleh Facebook, Inc. Barisan produk terdiri daripada 4 model (Portal, Portal Plus...

Last Update: 2020-05-26T20:27:31Z Word Count : 614

View Rich Text Page View Plain Text Page

Facebook Messenger

Facebook Messenger (biasanya dikenali sebagai Messenger) adalah aplikasi dan platform pesanan Amerika yang dikembangkan oleh Facebook, Inc. "Facebook...

Last Update: 2022-09-03T11:03:55Z Word Count : 49

View Rich Text Page View Plain Text Page

Facebook Aquila

Facebook Aquila ialah pesawat udara tanpa pemandu khas yang direka oleh Facebook untuk menyediakan rangkaian pemancar dari ketinggian pada daerah yang...

Last Update: 2021-07-22T13:18:08Z Word Count : 150

View Rich Text Page View Plain Text Page

Sunti @ Facebook

Sunti @ Facebook merupakan sebuah filem seram produksi Multvision Pictures (Indonesia) & Nusantara Seni Karya, yang diarahkan oleh James Lee dan dibintangi...

Last Update: 2022-10-21T03:45:09Z Word Count : 200

View Rich Text Page View Plain Text Page

Kredit Facebook

dengan 10 Kredit Facebook. Kredit Facebook tersedia dalam 15 mata wang termasuk dolar AS, paun sterling, euro dan kroner Denmark. Facebook berharap akhirnya...

Last Update: 2021-11-11T08:49:47Z Word Count : 431

View Rich Text Page View Plain Text Page

Meta Platforms

Meta Platforms, Inc. (nama lama Facebook, Inc., hingga Oktober 2021) ialah sebuah konglomerat multinasional Amerika yang berpangkalan di Menlo Park, California...

Last Update: 2022-10-21T03:45:08Z Word Count : 183

View Rich Text Page View Plain Text Page

Facebook Beacon

Beacon ialah sehabagian dari sistem pengiklanan Facebook yang mengirimkan data dari laman web luar ke Facebook yang bertujuan membenarkan pengiklanan disasarkan...

Last Update: 2021-07-22T10:11:28Z Word Count : 157

View Rich Text Page View Plain Text Page

Gangguan Facebook 2021

Pada 4 Oktober 2021, 15:39 UTC, rangkaian sosial Facebook dan syarikat-syarikat subsidiarinya, Messenger, Instagram, WhatsApp, Mapillary, dan Oculus, menjadi...

Last Update: 2021-10-07T10:21:02Z Word Count : 379

View Rich Text Page View Plain Text Page

Skandal data Facebook–Cambridge Analytica

Skandal data Facebook-Cambridge Analytica ialah skandal politik utama pada awal tahun 2018 apabila didedahkan bahawa Cambridge Analytica telah menuai data...

Last Update: 2020-05-14T01:53:30Z Word Count : 407

View Rich Text Page View Plain Text Page

Main result

Facebook

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. (kini Meta Platforms). Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan serangkai dan saling menghantar pesanan, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali (Bahasa Inggeris: face book, "buku muka").Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Universiti Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Universiti Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia. Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book". Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria, China, Vietnam, dan Iran. Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya. Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek. Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.


From Wikipedia, the free encyclopedia.

Developed by Nelliwinne