Ahad

Ahad (Tulisan Jawi:احد, bahasa Inggeris: Sunday) atau Minggu (Ind.) ialah hari pertama dalam seminggu. Nama hari Ahad berasal daripada Bahasa Arab, yang mana Ahad itu bermakna satu, iaitu hari yang pertama dalam seminggu malah merupakan antara hari penanda hujung atau akhir minggu.

Menurut International Organization for Standardization ISO 8601, hari ini dianggap sebagai hari ketujuh dalam seminggu. Kaedah merakam dan mencatat penanggalan dan waktu secara teliti ini telah digunakan sejak tahun 1988.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne