Ahlul Bait

Ahlul Bait (Arab: أهل البيت) ialah istilah yang bermakna "Orang Rumah", atau keluarga. Dalam tradisi islam, istilah itu mengarah kepada keluarga Nabi Muhammad. [1]Terjadi perbezaan dalam penafsiran baik Muslim Syiah mahupun Ahli Sunah Waljamaah.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bahawa Ahlul Bait adalah keluarga Nabi Muhammad dalam erti luas, meliputi isteri-isterinya; anaknya Zainab, Ruqayyah, Umm Kulthum dan Fatimah; sepupu dan menantunya, Ali; dan cucu-cucunya, Hassan dan Hussain. [1] Sementara golongan Syiah berpendapat bahawa Ahlul Bait mencakup lima orang sahaja iaitu Ali bin Abi Talib, Fatimah az-Zahra, Hassan dan Hussain sebagai anggota Ahlul Bait (di samping baginda sendiri).

  1. ^ a b Ahl al-Bayt, Encyclopedia of Islam

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne