Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Yang Berbahagia Dato' Seri

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

SPMP, DPMP (Perak)
Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 7 Julai 2016
Didahului olehNor bin Mohamed Yakcop
Digantikan olehJohari Abdul Ghani
Majoriti9,325 (PRU-13)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P63 Tambun, Perak
Dalam jawatan
26 April 1995 – 9 Mei 2018
Didahului olehNawawi Mat Awin
Digantikan olehAhmad Faizal Azumu
Butiran peribadi
Lahir (1952-07-21) 21 Julai 1952 (umur 71)
Perak Ipoh, Perak
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Fauziah binti Kamarudin
Anak-anak4
PekerjaanMalaysia Menteri Kewangan II, Ahli Parlimen
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui "religion"

Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan bekas Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak.

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak dan berketurunan Suku Banjar[1]. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne