Air laut

Air laut di Selat Melaka.
Rajah suhu-kemasinan bagi perubahan ketumpatan air
Perubahan ketumpatan air laut dengan kedalaman di latitud yang berbeza

Air laut atau air masin ialah air dari laut atau lautan. Pada purata, air laut di lautan dunia mempunyai kemasinan kira-kira 3.5% (35 g/L, atau 599 mM). Ini bererti bahawa setiap kilogram (kira-kira satu liter mengikut isi padu) air laut mempunyai anggaran 35 gram (1.2 oz) garam terlarut (terutamanya ion-ion natrium (Na+) dan klorida (Cl)). Ketumpatan purata di permukaan ialah 1.025 g/ml. Air laut adalah lebih tumpat daripada kedua-dua air tawar dan air tulen (ketumpatan 1.0 g/ml @ 4 °C (39 °F)) kerana garam terlarut menambah jisim tanpa menyumbang secara ketara kepada isi padu. Takat beku air laut menurun sebaik kepekatan garam meningkat. Pada kemasinan tipikal air laut membeku pada kira-kira −2 °C (28 °F).[1] Air laut tersejuk yang pernah dicatat (dalam keadaan cecair) adalah pada 2010, di dalam anak air di bawah glasier Antartika, dan berukuran pada −2.6 °C (27.3 °F).[2]

  1. ^ "U.S. Office of Naval Research Ocean, Water: Temperature".
  2. ^ Sylte, Gudrun Urd (24 Mei 2010). "Den aller kaldaste havstraumen". forskning.no (dalam bahasa Norwegian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-06. Dicapai pada 24 Mei 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne