Alif Satar

Alif Satar
Alif pada Julai 2010
Kelahiran
Muhammad Alif bin Mohd Satar

(1990-09-19) 19 September 1990 (umur 34)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penerbit
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
PasanganSha Dila Halid (k. 2014)
Anak-anak3
Ibu bapa
  • Mohd Satar Ramli (bapa)
  • Nur Hafiza Muhammed (ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Monkey Bone Records
The 8 Unit
Pengkarya berkait
Shila Amzah, Siti Nordiana, Sherry Alhadad, Faizal Tahir, Zizan Razak, Shahrol Shiro

Muhammad Alif Mohd Satar (lahir 19 September 1990) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.[1]

Beliau mula dikenali setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.[2] Selain menyanyi, beliau juga berlakon dan mengacara. Alif bermula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys. Lakonan pertama beliau adalah menerusi drama Suria di Cordoba sebagai Rudy. Namun begitu, lakonan beliau mendapat tempat di hati peminat dan penonton adalah sebagai Ahnaf Wafiy dalam drama adaptasi novel Dia Semanis Honey.

Sebagai pengacara, Alif banyak mengacarakan rancangan-rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro. Beliau pernah dipilih oleh Aznil Nawawi untuk mengacarakan rancangan MeleTOP bersama Neelofa dan Nabil Ahmad pada tahun 2012. Kini beliau merupakan duta rasmi produk jenama Salonpas.

Alif dijangka menjadi pengacara ketiga bagi Anugerah MeleTOP Era 2020 yang berlangsung pada 20 Disember 2020. Namun akibat Alif merupakan bekas pesakit positif Covid 19 yang dialaminya pada 19 November lalu dan sudah pulih, pihak produksi dan beliau sendiri telah memberi keputusan untuk menarik diri. Ini kerana mereka mengambil berat tentang keadaan kesihatan Alif.

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (13 Julai 2013). "Alif Satar Gementar Temui Keluarga Kekasih". mStar Online. Dicapai pada 19 November 2013.
  2. ^ Popular itu macam Aaron Aziz - Alif Satar.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne