Alor Setar

Alor Setar
Bandaraya Alor Setar
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiالور ستار
 • Bahasa CIna亚罗士打 (Mudah)
亞羅士打 (Tadisional)
 • Bahasa Tamilஅலோர் சேதார்
 • Bahasa Thaiอาโลร์เซอตาร์, เมืองไทร Mueang Sai[1]
Pemandangan Alor Setar dari atas kapal terbang Air Asia
Pemandangan Alor Setar dari atas kapal terbang Air Asia
Mohor rasmi Alor Setar
Cogan kata: Bandaraya Berdayahuni 2035
Map
Location of Alor Setar in Kedah
Alor Setar is located in Bumi
Alor Setar
Alor Setar (Bumi)
Koordinat: 06°07′06″N 100°22′10″E / 6.11833°N 100.36944°E / 6.11833; 100.36944Koordinat: 06°07′06″N 100°22′10″E / 6.11833°N 100.36944°E / 6.11833; 100.36944
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKedah Kedah
DaerahKota Setar
Ditubuhakan1735
Status perbandaran1 Februari 1978
Status bandar raya21 Disember 2003
Diasaskan olehSultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II
Pentadbiran
 • Datuk BandarDato' Haji Mohd Yusri Haji Md Daud
Keluasan
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah424 km² km2 (257.14 batu persegi)
Aras
75 m (246 ft)
Aras tertinggi165.5 m (543.0 ft)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah417,800
 • Kepadatan982.00/km2 (2,543.4/batu persegi)
 • Metro
839,400
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
05xxx
Awal kod panggilan telefeon antarabangsa+6047
Laman sesawangmbas.gov.my
Pemandangan Alor Setar dari sawah padi.

Alor Setar (Jawi: الور ستار, singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star pada tahun 2004-2008, ialah ibu negeri bagi negeri Kedah, Malaysia.[3] Ia merupakan bandar pentadbiran dan juga merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani,[4] (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010.[5]) Bandaraya ini menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit. Kaum majoriti di ibu kota ini ialah kaum Melayu.

Alor Setar ialah terletak di titik utara Malaysia, merupakan bandaraya terakhir, lebih kurang 400 kilometer dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya. Bandar raya Alor Setarditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 400,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2020 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.

Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah di antara daripada lima bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim, Bandar Jitra dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.

Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, bandaraya ini juga mempunyai rangkaian perhubungan yang baik yang dapat diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Kepala Batas, terdapat dua stesen kereta api di Alor Setar iaitu Stesen Kereta Api Alor Setar dan Stesen Kereta Api Anak Bukit, stesen bas utama di Alor Setar ialah Terminal Bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke Pulau Langkawi ialah melalui Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah.

Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang ketujuh. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.

Keretapi tren ETS juga mempunyai laluan perjalanan ke Alor Setar yang banyak membantu masyarakat Alor Setar. Perjalanan ke Pulau Pinang dan Padang Besar hanya mengambil masa 1 jam sahaja melalui keretapi berkelajuan 140–180 km/j ini. Dalam tempoh 4 jam, keretapi laju ini tiba di Kuala Lumpur dan Gemas.

Kejohanan Badminton Grand Prix Gold Malaysia-Antarabangsa dan Kejohanan Badminton Asia merupakan antara kejohanan sukan antarabangsa yang pernah dianjurkan di bandaraya Alor Setar.

  1. ^ Damrong Rachanuphap S.Ph.Ch.B.Th.K.Ph. (29 Mei 1935). "สาส์นสมเด็จ". Perpustakaan Digital Vajirayana (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 18 April 2022. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  2. ^ "Key Summary Statistics For Local Authority Areas, Malaysia 2020" (PDF). Department of Statistics, Malaysia (PDF). Dicapai pada 19 April 2012. Check |archive-url= value (bantuan)
  3. ^ Fact Sheets on the Federation of Malaya (dalam bahasa Inggeris). 1957.
  4. ^ Atiyah, Jeremy (2002). Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). Rough Guides. ISBN 978-1-85828-893-2.
  5. ^ Populasi Alor Setar[pautan mati kekal]

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne