Bahasa Portugis

Bahasa Portugis
Português
Sebutan[puɾtu'geʃ] (Eropah), [poɾtu'gejs] (Brazil)
Asli kepadaAngola, Brazil, Portugal, Mozambique, Tanjung Verde, Goa (India), Uruguay, Melaka (Malaysia) dan beberapa lain negara CPLP
Penutur bahasa
220 juta orang
Huruf Latin (Portugis pelbagaian)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Angola, Brazil, Cape Verde, Timor Timur, Kesatuan Eropah, Guinea-Bissau, Cina Macau S.A.R., Mozambique, Portugal, São Tomé dan Príncipe
Dikawal selia olehInstitut Bahasa Portugis Antarabangsa; CPLP
Kod bahasa
ISO 639-1pt
ISO 639-2por
ISO 639-3
por
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "rank" yang tidak diketahui

Bahasa Portugis (português) ialah sebuah bahasa Romawi yang banyak dituturkan di Portugal (bahasa rasmi), Brazil, Angola, Mozambique, Tanjung Verde, Timor Timur dan Guinea Khatulistiwa. Banyak ahli bahasa yang menganggap bahasa Galicia, bahasa daerah di Galicia, Sepanyol, sebenarnya adalah sejenis bahasa Portugis yang telah dipengaruhi dengan kuat oleh bahasa Sepanyol.

Dengan lebih daripada 200 juta penutur asli, bahasa Portugis merupakan bahasa yang keenam paling banyak dituturkan di dunia. Bahasa Portugis menjadi bahasa yang paling banyak digunakan di Amerika Selatan kerana Brazil, dengan 186 juta penduduknya, membentuk sekitar 51% dari seluruh populasi Amerika Selatan.

Bahasa ini banyak meminjamkan kosa kata ke dalam bahasa Melayu melalui pertembungan antara orang-orang Empayar Portugis menuturkan bahasa ini menakluk serata Nusantara.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne