Bahasa isyarat

Dua orang lelaki dan seorang wanita berkomunikasi menggerakan tangan mereka berisyarat.

Bahasa isyarat merupakan bahasa yang bergantung kepada kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat bermaksud apa yang difikiran seorang "penutur" sepertimana bahasa yang dituturkan melalui percakapan. Bahasa ini dikembangkan dan dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat yang pekak tuli, saudara-mara terdekat serta jurubahasa isyarat.

Terdapat 150 jenis bahasa isyarat yang dicatatkan terguna seluruh dunia (menurut edisi Ethnologue 2021)[1] oleh para penghidap kepekakan setempat. Terdapat bahasa isyarat yang berjaya diiktiraf dalam pelbagai peringkat[2] sama ada sebagai satu bahasa yang sahih (seperti Bahasa Isyarat British) , bahasa rasmi (seperti Bahasa Isyarat New Zealand) dan Bahasa Isyarat Malaysia; ada juga bahasa isyarat masih belum mendapat pengiktirafan langsung.

  1. ^ Eberhard, David M.; Simons, Gary F.; Fennig, Charles D., penyunting (2021), "Sign language", Ethnologue: Languages of the World (ed. 24th), SIL International, dicapai pada 2021-05-15
  2. ^ Wheatley, Mark & Annika Pabsch (2012). Sign Language Legislation in the European Union – Edition II. European Union of the Deaf.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne