Bar (unit)

Silinder aluminium (setebal 5mm) selepas tekanan 700 bar.

Bar ialah unit bukan SI untuk tekanan yang ditakrifkan oleh IUPAC sebagai bersamaan tepat dengan 100,000 Pa.[1] Ia hampir sama dengan tekanan atmosfera Bumi pada aras laut, dan sejak 1982, IUPAC telah mengesyorkan supaya piawai bagi tekanan atmosfera diharmonikan kepada 100,000 Pa = 1 bar ≈ 750.0616827 Torr.[2] Takrifan yang sama digunakan dalam industri mesin pemampat dan industri peralatan pneumatik (ISO 2787).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne