Bijih besi

Hematit: bijih besi utama di lombong Brazil
Stok palet bijih besi akan digunakan dalam penghasilan keluli.

Bijih besi adalah batu dan galian dari mana logam besi boleh dihasilkan secara ekonomik. Bijih biasanya amat kaya dengan besi oksida dan pelbagai warna dari kelabu gelap, kuning menyala, ungu gelap, sehingga merah karat. Besi itu sendiri biasanya terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit (FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H2O)) atau siderit (FeCO3). Hematit juga dikenali sebagai "bijih semulajadi", nama yang merujuk kepada awal perlombongan, di mana sesetengah bijih hematit yang mengandungi sehingga 66% besi boleh disuap secara langsung ke dalam relau tiup menghasil besi. Bijih besi merupakan bahan mentah yang digunakan bagi menghasilkan besi mentah atau besi jongkong, yang merupakan salah satu dari bahan mentah bagi menghasilkan keluli. 98% daripada bijih besi yang dilombong digunakan bagi menghasilkan keluli.[1] Malah, ia telah dikatakan bahawa bijih besi "lebih penting kepada ekonomi dunia selian komoditi lain, kecuali kemungkinannya minyak".[2]

  1. ^ "IRON ORE -Hematite, Magnetite & Taconite". Mineral Information Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-17. Dicapai pada 7 April 2006.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Iron ore pricing

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne