Britain Rom

Rencana ini mengenai wilayah Rom yang dipanggil "Britannia". Untuk kegunaan lain, sila lihat Britannia (nyahkekaburan).


Tapak-tapak utama Britain Rom.
Sejarah Britain

Mengikut kronologi

Mengikut negara

Mengikut topik

Britain Rom merujuk kepada bahagian-bahagian pulau Great Britain yang dikuasai oleh Empayar Rom antara tahun 43 dan 410. Orang Rom merujuk kepada wilayah mereka sebagai Britannia. Sebelum serangan itu, Britain Zaman Besi telah mempunyai hubungan kebudayaan dan ekonomi dengan Benua Eropah, tetapi penyerang-penyerang Rom memperkenalkan perkembangan baru dalam bidang pertanian, perbandaran, industri, serta seni bina, dan meninggalkan kesan yang masih ketara pada hari ini.

Tidak terdapat banyak rekod sejarah selain daripada serangan permulaan, walaupun banyak ahli sejarah Rom menyebut wilayah Britain ini sepintas lalu. Kebanyakan daripada pengetahuan kita untuk tempoh itu terdiri daripada penyelidikan arkeologi, khususnya bukti-bukti epigrafi.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne