Bumi

Bumi
بومي 🜨
Imej Bumi berwarna yang dirakam dari Apollo 17.
Fotograf bumi "Guli Biru" yang terkenal, diambil dari Apollo 17.
Penemuan
Ditemui olehManusia (Homo Sapiens)
Designasi
AdjektifTerrestrial, Terran, Telluric, Tellurian, Earthly
Ciri-ciri orbit
Epok J2000
Afelion152,097,701 km
(1.016 710 333 5 AU)
94,509,130 batu
Perihelion147,098,074 km
(0.983 289 891 2 AU)
91,402,725 batu
Paksi semimajor149,597,887.5 km
(1.000 000 112 4 AU)
92,956,041 batu
Kesipian0.016 710 219
Kelajuan purata orbit29.783 km/s
(107,218 km/j)
Kecondongan0
(7.25° kepada khatulistiwa Matahari
Longitud nod menaik348.739 36°
Argumen perihelion114.207 83°
Satelit1 ( bulan)
Ciri-ciri fizikal
Min jejari6,372.797 km
Jejari khatulistiwa6,378.137 km
Jejari kutub6,356.752 km
Luas permukaan510,065,600 km²
Isi padu1.083 207 3×1012 km³
Jisim5.9742×1024 kg
Min ketumpatan5,515.3 kg/m³
Graviti permukaan khatulistiwa9.780 1 m/s²
(0.997 32 g)
Halaju lepas11.186 km/s (≅39,600 km/j)
Tempoh putaran ikut bintang0.997 258 d (23.934 j)
Halaju putaran khatulistiwa465.11 m/s
Kecondongan paksi23.439 281°
Jarak hamal kutub utaraundefined°
Keserongan kutub utara+90°
Albedo0.367
Suhu min purata max
Kelvin 185 K 287 K 331 K
Celsius -88.3 °C 14 °C 57.7 °C
Atmosfera
Tekanan atmosfera101.3 kPa (MSL)
Komposisi78.08% N2
20.95% O2
0.93% Argon
0.038% Karbon dioksida
Kesan wap air (berubah-ubah dengan cuaca)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bumi (Jawi: بومي, nama astronomi: Terra[1][2]) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia merupakan rumah kepada jutaan spesies,[3] termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud.

Hasil kajian sains, planet ini telah dibentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu,[4][5][6][7]. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer dari Matahari. Lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, dan eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan stratosfera dan mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70°C sehingga 55°C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen dan 1% wap air, karbon dioksida dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantel silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebalnya.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

  1. ^ Prent, K.; Adisubrata, J.; Poerwadarminta, W. J. S. (1969). "terra". Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 859. 1. bumi (lw langit, laut atau dunia bawah); darat(an)
  2. ^ Note that by International Astronomical Union convention, the term "Terra" is used for naming extensive land masses, rather than for the planet Earth. C.f.:
    Blue, Jennifer (2007-07-05). "Descriptor Terms (Feature Types)". Gazetteer of Planetary Nomenclature. USGS. Dicapai pada 2007-07-05.
  3. ^ May, Robert M. (1988). "How many species are there on earth?". Science. 241 (4872): 1441–1449. doi:10.1126/science.241.4872.1441. PMID 17790039. Dicapai pada 2007-08-14.
  4. ^ Dalrymple, G.B. (1991). The Age of the Earth. California: Stanford University Press. ISBN 0-8047-1569-6.
  5. ^ Newman, William L. (2007-07-09). "Age of the Earth". Publications Services, USGS. Dicapai pada 2007-09-20.
  6. ^ Dalrymple, G. Brent (2001). "The age of the Earth in the twentieth century: a problem (mostly) solved". Geological Society, London, Special Publications. 190: 205–221. doi:10.1144/GSL.SP.2001.190.01.14. Dicapai pada 2007-09-20.
  7. ^ Stassen, Chris (2005-09-10). "The Age of the Earth". The TalkOrigins Archive. Dicapai pada 2007-09-20.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne