Burundi

Koordinat: 3°30′S 30°00′E / 3.500°S 30.000°E / -3.500; 30.000

Republik Burundi
ريڤوبليك بوروندي
  • Republika y'Uburundi (Kirundi)
  • République du Burundi (Perancis)
Bendera Burundi
Jata Burundi
Bendera Jata
Cogan kata
  • "Ubumwe, Ibikorwa, Amajambere" (Kirundi)
  • "Unité, Travail, Progrès" (Perancis)
Lagu kebangsaanBurundi Bwacu (Kirundi)
Burundi Kita
Lokasi  Burundi  (biru tua) – di Afrika  (biru muda & kelabu tua) – di Kesatuan Afrika  (biru muda)
Lokasi  Burundi  (biru tua)

– di Afrika  (biru muda & kelabu tua)
– di Kesatuan Afrika  (biru muda)

Ibu negaraGitega
3°30′S 30°00′E / 3.500°S 30.000°E / -3.500; 30.000
Bandar terbesarBujumbura
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
  • 85% Hutu
  • 14% Tutsi
  •   1% Twa
  • ~3,000 Eropah
  • ~2,000 Asia Selatan
DemonimBurundian
KerajaanRepublik berpresiden
• Presiden
Évariste Ndayishimiye[1]
Prosper Bazombanza
Joseph Butore
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Kebangsaan
Status
1945–1962
• Kemerdekaan dari Belgium
1 Julai 1962
• Republik
1 Julai 1966
28 Februari 2005
Keluasan
• Jumlah
27,834 km2 (10,747 bt2)[2] (ke-142)
• Perairan (%)
10[3]
Populasi
• Perkiraan 2016
10,524,117[4] (ke-86)
• Bancian Penduduk 2008
8,053,574[2]
401.6/km2 (1,040.1/sq mi)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$7.985 bilion[5]
$808[5]
KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
$3.393 billion[5]
$343[5]
Gini (2006)33[6]
sederhana
HDI (2015) 0.404[7]
rendah · ke-184
Mata wangFranc Burundi (FBu)
(BIF)
Zon waktuUTC+2 (CAT)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Arah memandukanan
Kod panggilan+257
Kod ISO 3166BI
DPT internet.bi

Burundi (/bəˈrʊndi/) atau nama rasminya Republik Burundi (Bahasa Kirundi: Republika y'Uburundi;[8] Bahasa Perancis: République du Burundi) ialah negara tanpa laut yang terletak di kawasan Tasik-tasik Besar di timur Afrika, bersempadan dengan Rwanda di utara, Tanzania di selatan dan timur serta dengan Republik Demokratik Congo di barat. Negara ini juga dianggap sebahagian daripada Afrika Tengah. Sempadan barat daya negara ini adalah bersebelahan dengan Tasik Tanganyika, dengan bandar terbesar Bujumbura terletak di pesisir timur laut tasik itu.

Orang Twa, Hutu dan Tutsi telah tinggal menetap di Burundi untuk sekurang-kurangnya 500 tahun. Untuk lebih daripada 200 tahun tersebut, Burundi merupakan sebuah kerajaan merdeka, sehinggalah pihak Jerman menjajah wilayah itu pada awal abad ke-20.[9] Selepas Perang Dunia Pertama dan kekalahan Jerman, wilayah itu diserahkan kepada Belgium, di mana kedua-dua negara penjajah itu memerinah Burundi dan Rwanda sebagai tanah jajahan Eropah yang dikenali sebagai Ruanda–Urundi. Walaupun terdapat salah faham umum, Burundi dan Rwanda tidak pernah berada di bawah satu pemerintahan sehinggalah waktu penjajahan Eropah.

Burundi memperoleh kemerdekaannya pada 1962 dan pada asalnya mempunyai monarki, tetapi setelah beberapa siri pembunuhan, rampasan kuasa dan iklim umum ketidakstabilan serantau yang memuncak, dalam penubuhan republik dan negara satu parti pada 1966. Siri prerang saudara dan penghapusan bangsa semasa 1970-an dan 1990-an menjadikan negara dalam keadaan tidak membangun dan penduduknya merupakan salah satu yang paling miskin di dunia.[10] Tahun 2005 menyaksikan persengketaan politik berskala besar berlaku apabila Presiden Pierre Nkurunziza memilih untuk bertanding bagi penggal ketiga jawatan, di mana satu cubaan rampasan kuasa gagal dilaksanakan dan sistem parlimen dan pilihan raya presiden di negara itu dikritik secara meluas oleh masyarakat antarabangsa.

  1. ^ "Burundi arrests leaders of attempted coup". CNN.com. 15 Mei 2015. Dicapai pada 29 Jun 2015.
  2. ^ a b "Quelques données pour le Burundi" (dalam bahasa Perancis). ISTEEBU. Dicapai pada 17 Disember 2015.
  3. ^ Annuaire statistique du Burundi (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Perancis). ISTEEBU. Julai 2015. m/s. 105. Dicapai pada 17 Disember 2015.
  4. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  5. ^ a b c d "Burundi". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 13 Januari 2015.
  6. ^ "Gini Index, World Bank Estimate". World Development Indicators. Bank Dunia. Dicapai pada 13 Januari 2015.
  7. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2016. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama xlix

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne