Cebu

Cebu
Bendera Cebu
Mohor rasmi Cebu
Peta Bisayak Tengah dengan Cebu dipaparkan
Peta Bisayak Tengah dengan Cebu dipaparkan
Map
Cebu is located in Bumi
Cebu
Cebu (Bumi)
Koordinat: 10°19′N 123°45′E / 10.32°N 123.75°E / 10.32; 123.75Koordinat: 10°19′N 123°45′E / 10.32°N 123.75°E / 10.32; 123.75
NegaraFilipina
DaerahBisayak Tengah
Barangay1203
Tarikh asas6 Ogos 1569
Pentadbiran
 • KetuaGwendolyn Garcia
 • Pengundi3,082,621 (9 Mei 2019)
Keluasan
[1]
 • Jumlah4,943.72 km2 (1,908.78 batu persegi)
Penduduk
 (1 Mei 2020) [2]
 • Jumlah3,325,385
 • Kepadatan670/km2 (1,700/batu persegi)
 • Bilangan rumah
662,639
Ekonomi
 • Kelas pendapatanpendapatan kelas pertama wilayah
 • Kadar kemiskinan22.80% (2021)[3]
 • Hasil₱4,537,572,289.46 (2020)
 • Aset₱213,005,752,235.55 (2020)
 • Liabiliti₱4,734,292,034.79 (2020)
 • Perbelanjaan₱2,224,994,121.74 (2020)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Filipina)
Poskod
6000–6053
PSGC
072200000
Kod kawasan+63 (0)32
Jenis iklimiklim tropika
Bahasa peribumibahasa Sugbu
Forohanon
Bantayanon
Laman sesawangwww.cebu.gov.ph

Cebú (bahasa Cebu: Sugbo) ialah satu daripada wilayah di negara Filipina. Cedbu terletak di timur pulau Negros, pulau Leyte di selatan dan pulau Bohol di tenggara. Wilayah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 3,325,385. Ibu kotanya ialah Bandar Cebu. Ia mempunyai luas 4,943.72 kilometer persegi. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)32.

Cebú terletak di garisan latitud 9°25'U dan 11°15'U dan di garisan longitud 123°13'T dan 124°5'T, di tengah-tengah kepulauan Filipina.

Pulau Cebú adalah sejalur tanah pulau 225 km dan utara ke selatan dan ada 167 pulau-pulau kecil . Antaranya termasuklah Pulau Mactan, Pulau Bantayan, Pulau Malapascua, pulau Olango dan pulau Camotes. Ratusan pulau lagi tidak berpenghuni kecuali untuk tujuan pelancongan dan pengembaraan.

Gunung di pulau Cebú ada yang sehingga 1000 m dan dilitupi hutan tropika.

Antara bandar utama ialah Bogo, San Remigio, Medellin dan Daanbantayan yang terletak di selatan.

Ibu negerinya ialah kota Cebú, sebuah bandar lama yang membentuk kawasan metropolitan Cebú. Ada 6 bandar yang berdekatan iaitu bandar Carcar , Danao , Lapu-Lapu , Mandaue , Naga , dan bandar Talisay.

Ada Lapangan Terbang Antarabangsa Mactán-Cebú yang terletak di pulau Mactán.

Cebú merupakan salah sebuah pulau yang maju di Filipina. Ia menjadi pusat perdagangan, perniagaan, pendidikan dan perindustrian. Ada hotel 5 bintang, kasino, pantai putih bersih, padang golf kelas dunia, pusat konvensyen dan pasar raya hyper.

Majalah pelancongan meletakkan Cebú sebagai pulau ke-8 terbaik di Asia-Pasifik pada 2005 dan ke-7 pada tahun 2004.

  1. ^ "Province: Cebu". PSGC Interactive. Bandar Quezon, Filipina: Lembaga Perangkaan Filipina. Dicapai pada 12 November 2016.
  2. ^ Census of Population (2020). "Region VII (Central Visayas)". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. PSA. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  3. ^ "2021 Full Year Official Poverty Statistics of the Philippines" (PDF). 15 Ogos 2022. Dicapai pada 28 April 2024.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne