Croat Bosnia

Croat di Bosnia dan Herzegovina
Hrvati Bosne i Hercegovine
Jumlah penduduk
544,780 (2013)
Bahasa
Croatia
Agama
Kebanyakannya Katolik Rom
Kumpulan etnik berkaitan
Croat
Slav selatan lain-lain

Croat Bosnia dan Herzegovina, sering kali dirujuk sebagai Croat Bosnia, merupakan penduduk ketiga terbesar dalam kumpulan etnik di Bosnia dan Herzegovina selepas etnik Bosniak dan Serb.[1] Etnik Croat di Bosnia dan Herzegovina juga membawa sumbangan besar terhadap kebudayaan di Bosnia dan Herzegovina. Bahasa asli mereka adalah Croatia, dan kebanyakan mereka adalah penganut Katolik Rom, meskipun ada sebilangan kecil adalah atheist.

Bermula pada kurun ke-15 sehingga ke-19, ramai penganut Katolik di negara moden Bosnia dan Herzegovina melarikan diri bagi mengelakkan diri berada di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Pada kurun ke-20, kekacauan politik dan kemiskinan ekonomi menyebabkan ramai etnik ini berhijrh keluar. Pembersihan etnik semasa Perang Bosnia pada tahun 1990-an juga memaksa etnik Croat bertebaran ke seluruh bahagian Bosnia-Herzegovina. Berdasarkan laporan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2013, terdapat seramai 544,780 etnik Croat yang tinggal di Bosnia dan Herzegovina.[2]

  1. ^ "Constitution of Bosnia and Herzegovina" (PDF). Constitutional Court of Bosnia and Herzegovina. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-10-28. Dicapai pada 30 December 2011.
  2. ^ http://www.popis2013.ba/popis2013/doc/Popis2013prvoIzdanje.pdf

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne