Dewan Undangan Negeri di Malaysia

Dewan Undangan Negeri di Malaysia ialah badan perundangan tertinggi peringkat negeri di Malaysia. Ia terdiri daripada ketua negeri (Yang di-Pertuan Besar, Sultan, Raja dan Yang di-Pertua Negeri), seorang pengerusi dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (atau kebiasannya disingkatkan kepada ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri daripada orang yang dilantik mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Ketua Negeri akan mengadakan persidangan dari semasa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ketua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne