Ensiklopedia

Ensiklopedia Bahasa Parsi

Ensiklopedia (atau ensaiklopedia) ialah sejenis karya rujukan, sebuah kompendium mengandungi ringkasan maklumat daripada semua cabang ilmu atau secara khusus.[1] Ensiklopedia terbahagi kepada beberapa artikel atau entri, iaitu selalunya tersusun mengikut abjad melalui tajuk artikel. Kemasukan ensiklopedia lebih panjang dan terperinci berbanding kamus-kamus biasa.[2] Umumnya, tidak seperti kemasukan kamus yang hanya fokus kepada maklumat linguistik perkataan, artikel-artikel ensiklopedia bertumpu kepada fakta meliputi isi atau konsep tajuk artikel tersebut.[3]

Terdapat pelbagai jenis ensiklopedia. Ada yang bersifat umum, contohnya Encyclopædia Britannica dalam bahasa Inggeris dan Brockhaus Enzyklopädie dalam bahasa Jerman, dan ada juga yang bersifat khusus untuk sesuatu bidang, sama ada dalam bidang perubatan, falsafah, undang-undang dan lain-lain. Manakala sesetengah ensiklopedia lain pula mungkin condong pada sesuatu pandangan, contohnya Bolshaya Sovetskaya Entsiklopediya.

  1. ^ "Encyclopedia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-03. Dicapai pada 2012-08-25. Glossary of Library Terms. Riverside City College, Digital Library/Learning Resource Center. Retrieved on: November 17, 2007.
  2. ^ Hartmann, R. R. K.; James, Gregory (1998). Dictionary of Lexicography. Routledge. m/s. 48. ISBN 0-415-14143-5. Dicapai pada July 27, 2010.
  3. ^ Ensiklopedia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 25 Ogos 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne