Galaksi

Dilihat melalui tabir latar belakang bintang yang terletak dalam galaksi kita (Bima Sakti), galaksi spiral (ESO 269-57) sekitar 150 juta tahun cahaya dan 200,000 tahun cahaya melintang.

Galaksi (Jawi: ݢالکسي) atau bintang temabur (Jawi: بينتڠ تمابور‎; disingkatkan kepada bintamabur بينتمابور‎) merupakan kumpulan atau gugusan bintang-bintang yang terdapat dalam Alam Semesta; salah satunya Bima Sakti yang menempatkan sistem suria di mana bumi beredar mengelilingi matahari. Kemungkinan terdapat lebih dari 170 bilion (1.7 × 1011) galaksi dalam alam semesta yang diketahui dapat diperhatikan.[1]

Galaksi boleh muncul dari yang "kerdil" mempunyai hanya tidak lebih dari sepuluh juta (107) bintang[2] hingga yang besar "raksasa" mengandungi seratus trilion (1014) bintang[3] setiap satunya mengorbit satu pusat dan dikekalkan bersama oleh tarikan graviti. Bintang-bintang galaksi sentiasa wujud bersama-sama unsur keliling lain seperti gas, debu antara najam, dan "jirim gelap"; sekitar 10-20% dari galaksi terdiri daripada bintang, gas, dan debu. Galaksi-galaksi ini boleh diperhatikan muncul dalam beberapa bentuk sama ada membujur,[4] berpilin, atau tidak tetap.[5]

Terdapat bukti bahawa lubang gelap mungkin wujud di pusat sebahagian, atau kebanyakan, galaksi. Galaksi terbentuk dari protogalaksi.

  1. ^ Deutsch, David (2011). The Fabric of Reality. Penguin Books Limited. m/s. 234–. ISBN 978-0-14-196961-9.
  2. ^ "Unveiling the Secret of a Virgo Dwarf Galaxy". ESO. 3 Mei 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-09. Dicapai pada 3 Januari 2007. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Uson, J. M.; Boughn, S. P.; Kuhn, J. R. (1990). "The central galaxy in Abell 2029 – An old supergiant". Science. 250 (4980): 539–540. Bibcode:1990Sci...250..539U. doi:10.1126/science.250.4980.539.
  4. ^ Hoover, A. (Jun 16, 2003). "UF Astronomers: Universe Slightly Simpler Than Expected". Hubble News Desk. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 20, 2011. Dicapai pada Mac 4, 2011.
  5. ^ Jarrett, T. H. "Near-Infrared Galaxy Morphology Atlas". California Institute of Technology. Dicapai pada January 9, 2007.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne