Idris bin Jusoh

Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri

Idris bin Jusoh

PSM; SSMZ, DPMT, PJK (Terengganu)
Fail:-
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Besut, Terengganu
Dalam jawatan
2013 – 10 Oktober 2022
Didahului olehAbdullah Md Zin
Digantikan olehChe Mohamad Zulkifly Jusoh
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehMohd Yusof Noor
Digantikan olehHassan Mohamed
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)[1]
Dalam jawatan
1 Mei 2020 – 30 Jun 2023
Didahului olehMegat Zaharuddin Megat Mohd Nor
Digantikan olehAhmad Shabery Cheek
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
TimbalanMary Yap Kain Ching
Didahului olehMohamed Khaled Nordin
Digantikan olehMaszlee Malik
Menteri Pendidikan II
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriNajib Razak
Menteri PertamaTan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan
Timbalan Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMahdzir Khalid
Menteri Besar Terengganu ke-12
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehAbdul Hadi Awang (PAS)
Digantikan olehAhmad Said
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Jerteh
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului olehSalleh Abas
Digantikan olehMuhammad Pehimi Yusof
Butiran peribadi
Lahir (1955-11-15) 15 November 1955 (umur 68)
Terengganu Kampung Tok Has, Jerteh, Besut, Terengganu, Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri To' Puan Seri Che Kamariah Zakaria
Laman web rasmiDUN Terengganu
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui "religion"

Tan Sri Dato' Seri Idris bin Jusoh (lahir 15 November 1955) merupakan Pengerusi Felda yang telah dilantik pada 1 Mei 2020 menggantikan Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. Beliau juga merupakan mantan Menteri Pendidikan Tinggi dari tahun 2015 hingga 2018, mantan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013 sehingga 28 Julai 2015. Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu dari tahun 2004 hingga 2008,Timbalan Menteri Usahawan dari tahun 1995 hingga 1999. Idris menjadi terkenal dalam politik UMNO dan Malaysia ketika beliau memimpin negeri Terengganu melalui parti Barisan Nasional yang berjaya menguasai Terengganu dari parti PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 dengan majoriti 2 per 3 Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang berjaya memimpin negeri Terengganu mengembalikan penguasaan BN dari kerajaan PAS yang dipimpin Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihan raya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3 dewan, ketika BN di negeri-negeri lain seperti Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Perak mengalami tsunami politik dan jatuh ke pihak pembangkang ketika itu iaitu Pakatan Rakyat (PR). Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan mendapat sokongan majoriti ADUN yang menang untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu. Beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Julai 2008 sehingga Mac 2013. Pada Pilihan raya umum ke-14, Idris Jusoh sekali lagi menang dan dipilih sebagai wakil rakyat parlimen Besut dan berjaya membawa inspirasi kemenangan 3 DUN di bawah parlimen Besut iaitu Jerteh, Kuala Besut dan Hulu Besut. Namun begitu, negeri Terengganu berpihak kepada kerajaan dibawah pimpinan Parti Islam Se-Malaysia.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne