Istana Negara, Jalan Duta

ايستان نڬارا
Istana Negara
Map
Maklumat umum
JenisIstana
Gaya seni binaSeni bina Islam, Melayu
LokasiJalan Duta, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Koordinat3°9′41″N 101°39′49″E Sunting ini di Wikidata
Penyewa terkiniSultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong
Pembinaan bermulaNovember 2007
Disiapkan padaSeptember 2011
Dirasmikan pada15 November 2011 Sunting nilai ini di Wikidata
PembiayaanRM 800 juta
PemilikKerajaan Persekutuan Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
item=Pengurusan Istana Negara Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekJabatan Kerja Raya Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata

Instagram: istana_negara Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Istana Negara, Jalan Duta (Tulisan Jawi: ايستان نڬارا، جالن دوتا) ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Istiadat Menaikkan Bendera Diraja Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada 15 November 2011 bagi melambangkan Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim telah diisytiharkan sebagai Istana Negara Malaysia yang baharu.

Pentadbiran Istana Negara mula beroperasi sepenuhnya semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan istiadat pertabalan pertama di istana ini.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne