Johor Bahru

Johor Bahru
Bandaraya Johor Bahru
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiجوهر بهارو
Arah jarum jam dari atas: Pusat bandar Johor Bahru, Bangunan Sultan Ibrahim, Hutan Bandaraya, Selat Johor dari puncak Tambak Johor dan jalan bandar.
Arah jarum jam dari atas: Pusat bandar Johor Bahru, Bangunan Sultan Ibrahim, Hutan Bandaraya, Selat Johor dari puncak Tambak Johor dan jalan bandar.
Bendera Johor Bahru
Logo rasmi Johor Bahru
Nama panggilan: JB, Bandaraya Selatan
Cogan kata: Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari, 'Berkhidmat, Berbudaya, Berwawasan'
(برخدمت بربوديا برواوسن)
Johor Bahru is located in Bumi
Johor Bahru
Johor Bahru (Bumi)
Koordinat: 1°29′N 103°44′E / 1.483°N 103.733°E / 1.483; 103.733Koordinat: 1°29′N 103°44′E / 1.483°N 103.733°E / 1.483; 103.733
Negera Malaysia
Negeri Johor
DaerahJohor Bahru
Kawasan pentadbiran
Senarai
Ditubuhkan10 Mac 1855
(sebagai Tanjung Puteri)
Pemberian status negeri1 April 1977
Pemberian status bandar1 Januari 1994
Pentadbiran
 • BadanMajlis Bandaraya Johor Bahru
 • Datuk BandarYang Berhormat Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman
Keluasan
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah220.00 km2 (84.94 batu persegi)
Aras32 m (105 ft)
Penduduk
 (3,805,322 juta orang)[3]
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah1,711,191
 • Bandar
2,000,000
 • Metro
2,500,000
DemonimOrang Johor Bahru
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diperhatikan)
Poskod
79xxx ke 81xxx
Kod kawasan07
Pendaftaran kenderaanJ
Laman sesawangwww.mbjb.gov.my

Johor Bahru (Sebutan bahasa Malaysia: [ˈd͡ʒohorˈbahru], tulisan Jawi: جوهر بهارو , juga dieja sebagai Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi JB) merupakan sebuah bandar raya yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia, dan merupakan ibu negeri bagi negeri Johor Darul Ta'zim. Ia dipisahkan daripada Woodlands, Singapura oleh Selat Tebrau, dan terletak sejauh 300 km ke selatan ibu negara, Kuala Lumpur. Kawasan metropolitan Johor Bahru, iaitu Iskandar Malaysia merupakan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur Raya. Kepadatan penduduknya melebihi sekitar 1,711,191 juta orang[4] di kawasan pusat bandar raya sahaja (kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru) tanpa merangkumi kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang melebihi 2.5 juta orang. Jika digabungkan dengan orang Singapura yang datang ke Johor Bahru, jumlah penduduknya ialah 5.49 juta orang, kadar pertumbuhan penduduk adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Johor Bahru juga ialah antara bandaraya yang paling pesat membangun.

Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan ialah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru. Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.

  1. ^ "Background (Total Area)". Johor Bahru City Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2015. Dicapai pada 22 August 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Malaysia Elevation Map (Elevation of Johor Bahru)". Flood Map : Water Level Elevation Map. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2015. Dicapai pada 22 August 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Total population by ethnic group, Local Authority area and state, Malaysia" (PDF). Statistics Department, Malaysia. 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 November 2013. Dicapai pada 12 Mac 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ [www.iskandarmalaysia.com.my/zon-ekonomi-utama-a...]

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne