Jugah anak Barieng


Jugah anak Barieng

SSM, PMN; DP (Sarawak)
Menteri Hal Ehwal Sarawak
Dalam jawatan
1963 – Tidak diketahui
Presiden
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Didahului olehJawatan dibentuk
Digantikan olehAbdul Taib Mahmud
Butiran peribadi
Lahir1903
Kapit, Kerajaan Sarawak
Meninggal dunia8 Julai 1981, umur 78
Kuching, Sarawak, Malaysia
Parti politikParti Pesaka Sarawak (1962-1973)
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (1973-1981)
PasanganToh Puan Tiong Anding (meninggal dunia)
Anak-anakSani Jugah (meninggal dunia)
Anchang Jugah
Siah Jugah
Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah
Edmund Erong Jugah (meninggal dunia)
PekerjaanAhli politik

Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah Anak Barieng (s. 1903 – 8 Julai 1981), atau juga dikenali sebagai Tun Jugah atau Apai (ayah dalam Bahasa Iban), ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Orang Iban dan menubuhkan Parti Pesaka pada tahun 1962. Temenggung Jugah menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Beliau menganggotai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau adalah pemimpin Sarawak yang pertama dilantik menjadi Menteri dalam Kerajaan Malaysia dengan memegang jawatan Menteri yang menguruskan hal ehwal Sarawak. Beliau kemudiannya menjadi presiden pertama bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1981.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne