Kabinet Ismail Sabri

Kabinet Malaysia 2021

Kabinet Malaysia ke-22
2021–2022
Tarikh dibentuk21 Ogos 2021
Tarikh dibubarkan10 Oktober 2022
Orang dan pertubuhan
Ketua negara Pahang Al-Sultan Abdullah
Ketua kerajaan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan ketua kerajaanTiada
Parti anggota
Status dalam badan perundanganKerajaan campuran yang mendapat majoriti
Parti pembangkang
Ketua pembangkangAnwar Ibrahim
Sejarah
Penggal dalam badan perundanganParlimen Malaysia ke-14
Pendahulu Kabinet Muhyiddin
Pengganti Kabinet Anwar

Kabinet Malaysia 2021 atau Kabinet Ismail Sabri dibentuk pada 30 Ogos 2021[1] selepas Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 21 Ogos 2021[2]. Kabinet ini juga dikenali sebagai Kabinet Keluarga Malaysia.[3][4]

Pentadbiran semasa kabinet ini menggabungkan 4 pihak politik utama iaitu Barisan Nasional yang mempunyai 4 parti komponen[5], Perikatan Nasional yang mempunyai 5 parti komponen[6], Gabungan Parti Sarawak yang mempunyai 4 parti komponen[7], dan Parti Bersatu Sabah[8]. Kabinet Dato' Sri Ismail Sabri juga disokong oleh Ahli Parlimen Bebas.

Secara keseluruhannya, ia mengekalkan majoriti anggota Kabinet Muhyiddin[9] dengan sedikit rombakan dalam beberapa portfolio.

  1. ^ "69 Menteri, Timbalan Menteri angkat sumpah di Istana Negara hari ini". Astro Awani. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 6 September 2021.
  2. ^ Fahmy Azril Rosli (21 Ogos 2021). "Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9". BHarian. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  3. ^ Zaid Mohd Noor (23 August 2021). "Senarai Kabinet 'Keluarga Malaysia' akan diumum 1 minggu selepas pelantikan - PM". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
  4. ^ Saiful Haizan Hasam (25 Ogos 2021). "Menanti Kabinet Keluarga Malaysia". BHarian. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  5. ^ "PM ke-9: Komponen BN ucap tahniah kepada Ismail Sabri". Astro Awani. 20 Ogos 2021. Dicapai pada 6 September 2021.
  6. ^ Rohaniza Idris (19 Ogos 2021). "PN tetapkan syarat sokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri". Berita Harian. Dicapai pada 6 September 2021.
  7. ^ Kow Gah Chie (15 Ogos 2021). "GPS 'tiada masalah' Ismail Sabri jadi PM, mahu k'jaan PN kekal". Malaysiakini. Dicapai pada 6 September 2021.
  8. ^ Rafiqah Dahali (20 Ogos 2021). "PBS sifatkan Ismail Sabri pilihan tepat jadi PM". Berita Harian. Dicapai pada 6 September 2021.
  9. ^ "Ismail kekal majoriti menteri kabinet Muhyiddin". The Malaysian Insight. 27 Ogos 2021. Dicapai pada 6 September 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne