Kaunti

Kaunti (Inggeris: county) adalah subunit pentadbiran kerajaan tempatan yang mempunyai bidang kuasa tersendiri di sesetengah negara moden tertentu. Di Eropah pada zaman dahulu, county berasal daripada perkataan bahasa Perancis iaitu comté (juga mempunyai perkataan yang setara dalam bahasa lain seperti contea, contado, comtat, condado, Grafschaft, Gau dan sebagainya) yang merupakan wilayah pemerintahan dibawah kuasa seorang count.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne