Kawasan Schengen

Kawasan Schengen
Peta Eropah
  Kawasan Schengen
     Kawasan Schengen (sempadan udara dan maritim sahaja)
  Negara bersempadan terbuka tetapi bukan dalam kawasan Schengen atau Kesatuan
  Negara ahli Kesatuan Eropah yang wajib masuk Kawasan ini tetapi belum lagi menyertainya
Dasar Kesatuan Eropah
JenisKawasan sempadan terbuka
Diasaskan1995
Negara ahli
Keluasan4,595,131 kilometer persegi (1,774,190 bt2)
Kependudukan453,324,255

Kawasan Schengen (Jawi: کاوسن شيڠن) ialah kawasan yang terdiri daripada 29 buah negara dalam benua Eropah yang telah menghapuskan pasport dan semua jenis kawalan sempadan lain di sempadan yang dikongsi bersama negara-negara ini. Kawasan ini bertujuan utama sebagai satu negara untuk tujuan perjalanan antarabangsa dengan dasar visa yang sama. Kawasan ini dinamakan sempena Perjanjian Schengen ditandatangani di kota senama di Luxembourg.[1] Negara-negara dalam kawasan ini telah memperkuatkan kawalan sempadan dengan negara-negara lain yang tidak termasuk dalam kawasan ini.

Sebanyak 25 daripada 27 buah negara anggota Kesatuan Eropah mengambil bahagian dalam kawasan ini. Satu-satunya negara anggota Kesatuan yang masih bukan sebahagian daripada Kawasan Schengen ialah Cyprus dan Ireland: Cyprus diwajibkan secara sah menyertai pada masa hadapan, manakala Ireland menarik diri sambil mengendalikan polisi visanya sendiri. Empat anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah iaitu Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland tidak memasuki Kesatuan Eropah namun telah menandatangani perjanjian yang berkait dengan Perjanjian Schengen. Tiga buah negara mikro dalam Eropah iaitu Monaco, San Marino dan Kota Vatikan boleh dianggap sebagai negara ahli secara de facto.

Kawasan ini mempunyai penduduk sebanyak lebih dari 450 juta orang dan berkeluasan sebanyak 4,595,131 kilometer persegi (1,774,190 bt2).[2] Sebanyak 1.7 juta orang berulang-alik merentasi sempadan politik dalam Eropah untuk tujuan kerja setiap hari, dan di beberapa kawasan orang-orang ini merupakan sehingga ketiga tenaga kerja. Setiap tahun, terdapat sejumlah 1.3 bilion lintasan sempadan Schengen dalam keseluruhannya; di mana 57 juta lintasan daripadanya adalah untuk tujuan pengangkutan darat barang dagangan bernilai €2.8 trilion setiap tahun.[3][4] Penurunan kos perdagangan disebabkan penguatkuasaan Schengen berbeza dari 0.42% hingga 1.59% bergantung pada geografi, perdagangan dan faktor lain. Negara-negara di luar kawasan ini turut mendapat manfaatnya.

  1. ^ disebut [ˈʃæŋən]
  2. ^ The original agreement, a subsequent protocol extending the agreement to the state, an agreement on accession to the EU, or agreement on association with the Schengen acquis.
  3. ^ European Council on Foreign Relations (2016). "The Future of Schengen". Dicapai pada 2017-06-15.
  4. ^ "Schengen's economic impact: Putting up barriers". The Economist. 2016-02-06. Dicapai pada 2017-06-15.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne