Ketua Pembangkang (Malaysia)

Ketua Pembangkang
كتوا ڤمبڠكڠ
Penyandang
Hamzah Zainudin
sejak 19 Disember 2022 (2022-12-19)
Jenisrencana senarai Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
GelaranYang Berhormat
Bidang kuasaMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
PusatBangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur
Penjawat sulungBurhanuddin al-Helmi
Dibentuk1959 (1379H / B.E.2502)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Pembangkang (Jawi: كتوا ڤمبڠكڠ) merupakan ahli parlimen di Parlimen Malaysia yang mengetuai pihak pembangkang. Ketua pembangkang yang dilantik oleh pihak pembangkang adalah Hamzah Zainudin sejak 19 Disember 2022.

Pembangkang di Malaysia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan parti politik yang diwakili di dalam Parlimen Malaysia yang tidak membentuk kerajaan sama ada bersendirian ataupun gabungan. Rencana ini menggunakan istilah kerajaan seperti yang digunakan dalam sistem berparlimen, contoh maksudnya lebih menjurus kepada pentadbiran atau kabinet berbanding negara.

Secara teori, mengikut sistem Demokrasi Westminster yang mana ia diikuti oleh sistem Malaysia, Pembangkang dilihat sebagai kerajaan alternatif dan bersedia untuk memasuki pejabat bagi menggantikan kerajaan sebelumnya selepas bertarung dalam pilihan raya umum. Kerajaan didominasi oleh Barisan Nasional (dan parti sebelumnya, Parti Perikatan) di dalam parlimen sejak kemerdekaan, pandangan ini diketepikan dan tidak diendahkan oleh pengundi Malaysia yang mana selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Pembangkang sebagai "kerajaan dalam penantian".

Mengikut tradisi, Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan parti yang diwakilinya yang membentuk jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat, dan ia tidak membentuk kerajaan. Ketua Pembangkang dilihat sebagai Perdana Menteri dalam penantian.

Ketua Pembangkang terkini ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Ia bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) membentuk Perikatan Nasional. Semenjak November 2022, Perikatan Nasional ialah pembangkang rasmi di Malaysia. Jangan dikelirukan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia SABAH yang tidak bersama-sama dengan Perikatan Nasional dan merupakan kerajaan di peringkat nasional dan negeri. Parti Pribumi Bersatu Malaysia SABAH juga bukan merupakan komponen Perikatan Nasional melainkan komponen Gabungan Rakyat Sabah.

Selain itu, gelaran "pembangkang" juga boleh diberikan di peringkat negeri, misalnya kerajaan persekutuan BN telah lama menjadi pembangkang di Kelantan.[1]

Ismail Sabri Yaakob merupakan Ketua Pembangkang pertama dilantik sebagai Menteri dan Menteri Kanan dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya sebagai Perdana Menteri dalam penggal yang sama, iaitu Penggal ke-14.

  1. ^ "BN Kelantan tidak rela lagi jadi pembangkang". Utusan Online. 07/04/2013. Dicapai pada 14 Mei 2013. Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne