Komet

Gambar komet Hale-Bopp di atas sebuah pokok.
Komet mempunyai orbit berbentuk elips. Perhatikan ia mempunyai dua ekor.

Komet (Jawi: كوميت), bintang berasap atau bintang berekor merujuk kepada jasad gumpalan batu, ais dan debu[1] serta campuran gas[2] yang bergerak mengelilingi matahari dalam Sistem Suria di angkasa lepas.[3] Ia membeku apabila menjauhi matahari[4] tetapi akan mencair melepaskan gas akibat pendedahan kepada angin dan kesinaran dipancarkan bintang tersebut membentuk suatu "kepala" dan "ekor" gas.[1][2] Jasad-jasad beredar ini datang dari dua tempat utama: lingkaran Kuiper yang menempatkan komet beredar dalam jangka lebih pendek kurang dari 200 tahun dan awan Oort di mana adanya komet beredar dalam jangka lebih panjang dari ratusan atau ribuan tahun[2][5]

Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk membujur, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet lalu menempuh jarak lebih jauh di luar angkasa daripada planet; bahkan ada daripada jasad-jasad ini mengambil masa beribu-ribu tahun untuk menyelesaikan satu kali orbit mengelilingi Matahari.[6] Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain.

Sebanyak lebih 4595 buah komet dapat dikenalpasti setakat April 2021,[7] namun ia hanya sebilangan kecil yang dapat perhatikan dari kira-kira satu trilion unit yang dikirakan boleh wujud menjangkaui luar Sistem Suria terutamanya di awan Oort.[8][9]

  1. ^ a b Mikrajuddi dkk. IPA TERPADU: - Jilid 3B. Esis.
  2. ^ a b c Temming, Maria (15 Julai 2014). "Comets: What Are They? Where Do They Come From?". Sky & Telescope. American Astronomical Society.
  3. ^ Amir Khosim & Kun Marlina. Geografi SMA/MA Kls X (Diknas). Grasindo.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IPA FISIKA
  5. ^ Randall, Lisa (2015). Dark Matter and the Dinosaurs: The Astounding Interconnectedness of the Universe. New York: Ecco/HarperCollins Publishers. m/s. 104–105. ISBN 978-0-06-232847-2.
  6. ^ Brian Williams. Fakta Paling Top: Alam Semesta. Erlangga for Kids.
  7. ^ "Comets Discovered". Minor Planet Center. Dicapai pada 27 April 2021.
  8. ^ Erickson, Jon (2003). Asteroids, Comets, and Meteorites: Cosmic Invaders of the Earth. The Living Earth. New York: Infobase. m/s. 123. ISBN 978-0-8160-4873-1.
  9. ^ Couper, Heather; dll. (2014). The Planets: The Definitive Guide to Our Solar System. London: Dorling Kindersley. m/s. 222. ISBN 978-1-4654-3573-6.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne