Kordat

Chordata
Julat zaman:
TerreneuvianKini,
Ikan keli Glass (Kryptopterus vitreolus) ialah salah satu kordata yang mempunyai tulang belakang yang boleh dilihat dari luar. Saraf tunjangnya berada di dalam tulang belakangnya.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Klad: ParaHoxozoa
Klad: Bilateria
Klad: Nefrozoa
Superfilum: Deuterostomia
Filum: Chordata
Haeckel, 1874[1][2], Bateson, 1885
Kelas

Lihat di bawah

Kordat (Jawi: كوردت)  ialah sekumpulan haiwan yang tergolong dalam filum Chordata, merangkumi haiwan vertebrat (bertulang belakang), dengan beberapa invertebrat (tidak bertulang belakang) yang berkait rapat. Ia disatukan dengan memiliki notochord, utas saraf dorsal berongga, liang pharyngeal, endostyle, dan ekor melepasi dubur (post-anal tail) , pada satu peringkat dalam kitaran hayat mereka. Sesetengah pakar sains menegaskan bahawa ia adalah kantung Branchial/pharyngeal dan bukannya liang.

Filum Kordata dipecahkan kepada tiga subfilum: Urochordata, Cephalochordata, dan vertebrat. Sesetengah saintis menganggap Hemichordata sebagai subfilum kordata keempat, tetapi biasanya ia dianggap filum berbeza. Larva urochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi ia hilang apabila dewasa. Cephalochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi bukan vertebrat. Dalam kesemua vertebrat kecuali bagi Hagfish, untaian saraf beronggal dorsal telah diselitupi dengan rawan (cartilaginous) atau vertebrat bertulang dan notochord mengecut dengan banyaknya.

Kordata dan tiga saudara phyla, hemichordate, echinoderm dan xenoturbellida, membentuk deuterostomes, iaitu superfilum. Kordata adalah filum terbesar dikalangan deuterostomes.

Kaitan antara kumpulan luas kordata ditunjukkan dalam gambarajah pokok filogenetik di bawah. Kebanyakan taksonomi(kiatgolong) disenaraikan tidak padan dengan kelas traditional disebabkan beberapa kelas tersebut adalah paraphyletik. Cubaan berbeza bagi menyelaras kepelbagaian clade kordata kepada kumpulan lebih kecil, sesetengahnya dengan dan sesetengahnya tanpa taksa paraphyletik, telah meletakkan pengelasan vertebrat dalam keadaan huru-hara (state of flux). Juga, kaitan sesetengah kumpulan kordata tidak difahami dengan baik.

  1. ^ Haeckel, E. (1874). Anthropogenie oder Entwicklungsgeschichte des Menschen. Leipzig: Engelmann.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Nielsen2012

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne