Kuasar

Gambaran pelukis mengenai cakera akresi ULAS J1120+0641, sebuah kuasar berjarak jauk yang dikuasai oleh sebuah lohong hitam dengan jisim seberat dua bilion kali Matahari.[1] Kredit: ESO/M. Kornmesser

Kuasar ialah sebuah nukleus galaksi aktif yang sangat tinggi kekilauannya. Ia terdiri daripada sebuah lohong hitam supermasif dikelilingi oleh sebuah cakera akresi gas yang mengorbitnya. Apabila gas dari cakera tersebut jatuh ke dalam lohong hitam, tenaga dilepaskan dalam bentuk sinaran elektromagnetik. Nukleus ini mengeluarkan tenaga dalam bentuk spektrum elektromagnet yang dapat dilihat melalui jarak gelombang radio, inframerah, cahaya yang dilihat, ultraungu serta sinar X bergelombang panjang.  Kuasar-kuasar yang paling kuat dijumpai mempunyai kekilauan melebihi 1041 Watt iaitu ribuan kali lebih besar daripada kekilauan galaksi besar seperti Bima Sakti.[2]

Perkataan "kuasar" merupakan pinjaman istilah bahasa Inggeris iaitu "quasar" yang dipendekkan daripada quasi-stellar radio source ("sumber radio seakan-akan bintang") kerana kuasar dikenal pasti asalnya sebagai sumber pelepasan gelombang radio dan rupanya seakan-akan bintang apabila diambil imejnya pada jarak gelombang cahaya yang boleh dilihat. Gambar kuasar berlerai tinggi seperti yang ditangkap dari Teleskop Angkasa Hubble terutamanya telah menunjukkan bahawa kuasar terjadi di pusat-pusat galaksi, dan sesetengah galaksi yang bertindak sebagai perumah kuasar ini merupakan galaksi yang kuat berinteraksi atau bergabung antara satu sama lain.[3]

  1. ^ "Most Distant Quasar Found". ESO Science Release. Dicapai pada 4 July 2011. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  2. ^ Wu, Xue-Bing; dll. (2015). "An ultraluminous quasar with a twelve-billion-solar-mass black hole at redshift 6.30". Nature. 518: 512. doi:10.1038/nature14241. Dicapai pada 5 March 2017. Explicit use of et al. in: |last2= (bantuan)
  3. ^ Bahcall, J. N.; dll. (1997). "Hubble Space Telescope Images of a Sample of 20 Nearby Luminous Quasars". The Astrophysical Journal. 479: 642. doi:10.1086/303926. Dicapai pada 5 March 2017. Explicit use of et al. in: |last2= (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne