Marrakesh

Marrakesh
Prefecture-level city

Atas: lebuh persiaran luar Masjid Kutubiyya
Pemandangan Jemaa el-Fnaa
Bendera Marrakesh
Peta Marrakesh
Peta Marrakesh
Marrakesh is located in Bumi
Marrakesh
Marrakesh (Bumi)
Koordinat: 31°37′48″N 8°0′32″W / 31.63000°N 8.00889°W / 31.63000; -8.00889Koordinat: 31°37′48″N 8°0′32″W / 31.63000°N 8.00889°W / 31.63000; -8.00889
Negara Maghribi
KawasanMarrakesh-Safi
PrefekturMarrakesh
Didirikan1070
Diasaskan olehAbu Bakr ibn Umar
Pentadbiran
 • Datuk BandarFatima Zahra Mansouri
Aras
466 m (1,529 ft)
Penduduk
 (2014)[1]
 • Jumlah928,850 org
 • Pemeringkatan4th in Morocco[a]
DemonimMarraksyi
Zon waktuUTC+1 (CET)
  1. ^ The High Commission for Planning defines the city of Marrakesh as comprising the municipality of Méchouar-Kasba and the five arrondissements of Annakhil, Gueliz, Marrakech-Médina, Ménara and Sidi Youssef Ben Ali.[2]
Marrakesh
Nama asliMrrakc
Nama rasmiMedina of Marrakesh
Sebahagian dari
Imperial cities of Morocco Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1985 (sesi ke-9)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Marrakesh atau Marrakech (dari bahasa Perancis, Arab: مراكش, rumi: murrākuš; bahasa-bahasa Barbar: ⴰⵎⵓⵔⴰⴽⵓⵛ, rumi: amurakuš[3]) ialah bandar keempat terbesar dalam negara Maghribi. Ia adalah salah satu daripada empat bandar diraja kerajaan negara tersebut terletak di sebelah barat kaki Pergunungan Atlas 580 kilometer jauh barat daya Tangier, 327 km barat daya ibu kota Rabat, 239 km jauh selatan Casablanca, dan 246 km jauh timur laut Agadir.

Kota ini diasaskan dalam kawasan orang Amazigh pada 1070 oleh Amir Abu Bakar ibn Umar sebagai kota pusat kerajaan Murabitun. Pembangunan kota ini diperkukuhkan benteng kubu merah terkenalnya sehingga dijolok "Kota Merah" (المدينة الحمراء, ville ocre) serta berkembang pesat sebagai suatu pusat kebudayaan, keagamaan dan perdagangan untuk rantau Maghreb benua Afrika sehingga beralih kepada Fes. Ia kembali menjadi kota diraja yang dimakmurkan semula semasa zaman kesultanan Saadiyah dari abad ke-16 menjadi tarikan terutamanya sebagai tempat beberapa wali dan sarjana Islam yang terkenal di rantau utara Afrika itu.

Kota moden sinambungan kini masih merupakan pusat ekonomi dan perdagangan berpengaruh di negara tersebut. Ia menempatkan Jemaa el-Fnaa iaitu dataran paling sibuk di Afrika, malah pekarangan kotanya menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985.[4]

  1. ^ "Morocco Population Census - Marrakesh (مراكش)". High Commission for Planning. 19 March 2015. m/s. 7. Dicapai pada 12 August 2017.
  2. ^ "Note de présentation des premiers résultats du Recensement Général de la Population et de l'Habitat 2014" (dalam bahasa Perancis). High Commission for Planning. 20 March 2015. m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 9 October 2017.
  3. ^ Nanjira 2010.
  4. ^ Harrison 2012, m/s. 144.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne