Melaka

Melaka
ملاک
Melake
Transkripsi lain
 • InggerisMalacca
 • Cina马六甲 (Ringkas)
馬六甲 (Tradisional)
 • Tamilமலாக்கா
Malākkā (Transliterasi)
 • KristangMalaká
Nama panggilan: Negeri Bersejarah
Cogan kata: Bersatu Teguh
Lagu: "Melaka Maju Jaya"
Peta menunjukkan lokasi Melaka di Malaysia
   Melaka di    Malaysia
Koordinat: 2°12′N 102°15′E / 2.200°N 102.250°E / 2.200; 102.250Koordinat: 2°12′N 102°15′E / 2.200°N 102.250°E / 2.200; 102.250
NegaraMalaysia
Ibu kota
(dan bandar raya terbesar)
Bandaraya Melaka
Pentadbiran
 • Yang di-PertuaMohd Ali Mohd Rustam
 • Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
Keluasan
 • Jumlah1,713 km2 (661 batu persegi)
Aras tertinggi512 m (1,680 ft)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah998,428
 • Kepadatan583/km2 (1,510/batu persegi)
Indeks Pembangunan Manusia
 • IPM (2019)0.835 (sangat tinggi) (4th)
Poskod
75xxx hingga 78xxx
Kod panggilan06
Kod ISO 3166MY-04
Pendaftaran kenderaanM
Kesultanan Melayu MelakaAbad ke-15
Penguasaan Portugis[2]24 Ogos 1511
Penguasaan Belanda[3][4]14 Januari 1641
Penguasaan British[3][4][5][6]17 Mac 1824
Pendudukan Jepun[7][8]11 Januari 1942
Kemasukan ke dalam Malayan Union[9]1 April 1946
Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu[10]1 Februari 1948
Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[11]31 Ogos 1957
Laman sesawangwww.melaka.gov.my

Melaka (Jawi: ملاک) merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di kawasan selatan Semenanjung Tanah Melayu menghadap Selat Melaka. Negeri ini bersempadankan Negeri Sembilan di bahagian utara dan barat dan Johor di bahagian selatan. Eksklaf Tanjung Tuan juga bersempadankan Negeri Sembilan di bahagian utara. Ibu negerinya ialah Bandaraya Melaka, yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008. Bandaraya Melaka terletak 148 kilometer (92 bt) ke arah tenggara ibu negara Malaysia Kuala Lumpur, 235 kilometer (146 bt) ke arah barat laut bandar raya terbesar Johor Johor Bahru dan 95 kilometer (59 bt) ke arah barat laut bandar raya kedua terbesar Johor Batu Pahat.

Melaka mempunyai hutan hujan tropika dengan berbagai-bagai jenis flora dan fauna dan mengalami iklim khatulistiwa. Terletak betul-betul ke arah selatan Banjaran Titiwangsa, sebahagian besar daripada negeri ini adalah kawasan datar yang bertaburkan inselberg, dengan Bukit Gapis sebagai puncak tertinggi.

Walaupun Melaka merupakan lokasi salah satu kesultanan Melayu awal, iaitu Kesultanan Melaka, sistem beraja tempatan ini telah dimansuhkan ketika Portugis menaklukinya pada tahun 1511. Ketua negeri ini ialah Yang di-Pertua Negeri atau secara tidak rasminya Gabenor, dan bukannya seorang sultan. Melaka terkenal dengan sejarah uniknya dan ia merupakan salah satu destinasi pelancong utama di Malaysia. Dengan kedudukan yang amat strategik untuk jalan perdagangan antarabangsa, Melaka pernah merupakan sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal di Timur. Banyak pedagang yang berlabuh di Melaka, terutamanya pedagang dari Tanah Arab, China dan India, berdagang di perlabuhan Melaka, dan dari situlah lahirnya banyak keturunan dan suku kaum tersebut yang wujud di Melaka sehingga hari ini. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Serani, dan Chitty.[12]

Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage Site).

[13] Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[14][15] Negeri ini mempunyai penduduk yang agak berpendidikan tinggi, dengan kadar literasi remaja 99.5% seperti yang dilaporkan oleh Laporan Matlamat Pembangunan Millennium 2015.[16] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[17] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[18] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[19] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[20]

  1. ^ "Anggaran penduduk semasa" [Current population estimates] (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia [Department of Statistics Malaysia]. 2023.
  2. ^ Headrick (2010), m/s. 63
  3. ^ a b "Melaka Jatuh Ke Tangan Belanda -". hids.arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
  4. ^ a b Mat Rofa Ismail (2015). Kerdipan Bintang Melayu Dilangit Turki. Alaf 21. ISBN 9789678604864 – melalui Google Books.
  5. ^ Wong, John; Zou, Keyuan; Zeng, Huaqun, penyunting (2006). China-ASEAN Relations: Economic and Legal Dimensions. Singapore: World Scientific. ISBN 9789814478618.
  6. ^ "Signing of the Anglo-Dutch Treaty (Treaty of London) of 1824 - Singapore History". eresources.nlb.gov.sg.
  7. ^ Singapore, National Library Board. "Malayan Campaign - Infopedia". eresources.nlb.gov.sg.
  8. ^ "Info" (PDF). studentsrepo.um.edu.my.
  9. ^ "Penubuhan Malayan Union". hids.arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
  10. ^ "Federation of Malaya is inaugurated - Singapore History". eresources.nlb.gov.sg.
  11. ^ "Official Portal of Malaysia National Archives". Arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2018. Dicapai pada 2018-08-18.
  12. ^ https://www.melaka.gov.my/ms/rakyat/info-melaka/kebudayaan/kebudayaan?set_language=ms
  13. ^ https://www.star2.com/culture/2018/07/05/making-melaka-liveable/
  14. ^ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/7622-melaka-maju-2011.html
  15. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm
  16. ^ http://un.org.my/upload/undp_mdg_report_2015.pdf
  17. ^ https://www.nst.com.my/news/2016/01/123463/terengganu-second-safest-place-live-after-malacca
  18. ^ http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kadar-jenayah-di-melaka-turun-15-5-peratus-1.797613
  19. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-08. Dicapai pada 2018-08-14.
  20. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne