Negara Palestin

Palestin
فلسطين (Arab)
Dawlat Filasṭīn
Bendera Palestin
Jata Palestin
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"فدائي"
"Fida'i"[1]
"Wira Fidayin"
Wilayah yang dituntut sebagai Negara Palestin (hijau)[2]
Wilayah yang dituntut juga oleh Israel (hijau cair)
StatusNegara separa diiktiraf, Negara pemerhati PBB
Diiktiraf 145 negara anggota PBB
Ibu negaraBaitulmaqdis
Pusat pentadbiranRamallah
Bandar terbesarKota Gaza (sekarang Rafah)
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublik Kesatuan Separa Presiden[3]
• Presiden
Mahmud Abbasa
Mohammad Mustafa
Aziz Dweik
Badan perundanganMajlis Kebangsaan (Parlimen)
Pembentukan
15 November 1988
29 November 2012
Sedang berlangsungb[iii][4][5]
Keluasan
• Jumlah
6,020[6] km2 (2,320 bt2) (163rd)
• Perairan (%)
3.5[7]
5,655 km2
365 km2[8]
Populasi
• Perkiraan 2020
5,051,953[9] (121st)
731/km2 (1,893.3/sq mi)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$26.479 billion[10]
$5,795[11]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$14.616 billion[12]
$3,199[13]
Gini (2009)35.5[14]
sederhana
HDI (2022) 0.715[15]
tinggi · 119th
Mata wang
Zon waktuUTC+2 (Waktu Piawai Palestin)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (Waktu musim panas Palestin)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Arah memandukanan
Kod panggilan+970
Kod ISO 3166PS
DPT internet.ps
  1. Juga merupakan pemerintahan negara
Qubbah Al-Sakhrah di Baitulmaqddis, Ibu Kota Palestin.
Wang dinar Palestin.
Pengiktirafan antarabangsa yang menyokong Palestin.
Peta Palestin pada tahun 1900 dalam bahasa Rusia.
Pelan Pembahagian PBB untuk Negara Palestin tahun 1947

Negara Palestin (Arab: دولة فلسطين, rumi: Dawlah filasṭin), atau hanya Palestin (Arab: فلسطين, rumi: Filasṭin) ialah sebuah negara yang berdaulat [17] di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan, merangkumi Tebing Barat dan Genting Gaza[2] dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak di Ramallah. Perkataan Palestin berasal daripada bahasa Yunani kuno (Philistia), tetapi bahasa Mesir kuno, Asyur, dan Ibrani juga menyertakan kata-kata yang serupa bunyi untuk menggambarkan wilayah atau penduduknya. Agama Yahudi, Kristian, dan Islam sangat terikat dengan rantau ini, dan menjejaki asal-usul ke tanah itu sejak beberapa ribu tahun yang lalu. Keseluruhan wilayah yang dijadikan sebagai Negara Palestin telah diduduki sejak 1948, oleh Mesir, Jordan dan Israel selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Selepas Perang Dunia Kedua, pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara Yahudi dan mengantarabangsakan Kota Baitulmaqdis [18]. Pelan pembahagian ini diterima oleh masyarakat Yahudi-Zionis tetapi ditolak oleh masyarakat Arab. Beberapa siri pemberontakan dan peperangan mula berlaku di sekitar Palestin. Setelah penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948, negara Arab yang berjiran di sekitarnya mula menduduki semula kawasan Palestin dan menyerang tentera Israel dalam Perang Arab-Israel 1948.

Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir Negara Naungan Seluruh Palestin dalam kawasan kawalan Mesir di Genting Gaza. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecuali Transjordan. Walaupun bidang kuasa kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas Palestin, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting Gaza. Israel kemudiannya menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalam Perang Enam Hari.

Pada 15 November 1988 di Algiers, Yasser Arafat selaku Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin telah mengisytiharkan penubuhan negara Palestin. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa Palestin dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B di Tebing Barat dan Genting Gaza. Gaza akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya oleh Hamas, dua tahun selepas pembebasan Gaza dari Israel.

Negara Palestin diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, Palestin merupakan negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB[19][20]. Palestin merupakan negara anggota bagi Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan 77, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.

  1. ^ "Palestine" (includes audio). nationalanthems.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
  2. ^ a b "Ban sends Palestinian application for UN membership to Security Council". United Nations News Centre. 23 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2015. Dicapai pada 11 September 2015.
  3. ^ "Declaration of Independence (1988) (UN Doc)". State of Palestine Permanent Observer Mission to the United Nations. United Nations. 18 November 1988. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
  4. ^ Miskin, Maayana (5 December 2012). "PA Weighs 'State of Palestine' Passport". israelnationalnews.com. Arutz Sheva. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2012. Dicapai pada 8 June 2014. A senior PA official revealed the plans in an interview with Al-Quds newspaper. The change to 'state' status is important because it shows that 'the state of Palestine is occupied,' he said.
  5. ^ "State of Palestine name change shows limitations". AP. 17 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2013. Israel remains in charge of territories the world says should one day make up that state.
  6. ^ "Table 3, Population by sex, annual rate of population increase, surface area and density". Demographic Yearbook. United Nations Statistics Division. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada 28 Januari 2018. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "The World Factbook: Middle East: West Bank". cia.gov. Central Intelligence Agency. 7 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 May 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
  8. ^ "The World Factbook: Middle East: Gaza Strip". cia.gov. Central Intelligence Agency. 12 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
  9. ^ "State of Palestine Population". Worldometers. Worldometers. Dicapai pada 1 February 2020.
  10. ^ "World Bank, International Comparison Program database: GDP, PPP (current international $)" (PDF). Data World Bank. Dicapai pada 29 July 2020.
  11. ^ "GDP per capita, PPP (current international $) - West Bank and Gaza | Data". data.worldbank.org. Dicapai pada 2020-07-29.
  12. ^ "GDP (current US$) - West Bank and Gaza east bank [[:Templat:7]] Data". data.worldbank.org. Dicapai pada 2020-07-29. URL–wikilink conflict (bantuan)
  13. ^ "GDP per capita (current US$) - West Bank and Gaza | Data". data.worldbank.org. Dicapai pada 2020-07-29.
  14. ^ "GINI Index: West Bank and Gaza". The World Bank: Data. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
  15. ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-03-22. Dicapai pada 10 December 2019.
  16. ^ According to Article 4 of the 1994 Paris Protocol Diarkibkan 1 Oktober 2016 di Wayback Machine. The Protocol allows the Palestinian Authority to adopt multiple currencies. In the West Bank, the Israeli new sheqel and Jordanian dinar are widely accepted; while in the Gaza Strip, the Israeli new sheqel and Egyptian pound are widely accepted.
  17. ^ Falk, Palma (30 November 2012). "Is Palestine now a state?". CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2016. Dicapai pada 29 Julai 2016.
  18. ^ "Resolution 181 (II). Future government of Palestine". United Nations. 29 November 1947. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2017. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  19. ^ Charbonneau, Louis (29 November 2012). "Palestinians win implicit U.N. recognition of sovereign state". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
  20. ^ Lederer, Edith M (30 November 2012). "Live Stream: Palestine asks United Nations for a 'birth certificate' ahead of vote". www.3news.com. New Zealand: MediaWorks TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 8 Jun 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne