Negeri Sembilan

Negeri Sembilan
Nogori Sombilan, Nismilan
Negeri Sembilan Darul Khusus
نݢري سمبيلن دار الخصوص
Transkripsi Lain
 • Jawiنڬري سمبيلن
 • Mandarin森美兰 (Ringkas)
森美蘭 (Tradisional)
 • Tamilநெகிரி செம்பிலான்
Nekiri Cempilāṉ (Transliterasi)
Nama panggilan: Negeri Beradat
Lagu: Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Peta sempadan darat Negeri Sembilan
Peta sempadan darat Negeri Sembilan
Kedudukan Negeri Sembilan dalam Malaysia
Kedudukan Negeri Sembilan dalam Malaysia
Koordinat: 2°45′N 102°15′E / 2.750°N 102.250°E / 2.750; 102.250Koordinat: 2°45′N 102°15′E / 2.750°N 102.250°E / 2.750; 102.250
Ibu negeriSeremban
Bandar dirajaSeri Menanti
Pengasasan1773
Penubuhan rasmi1895
Dinamakan bersempenaSembilan buah negeri atau luak
Pentadbiran
 • JenisPemerintahan beraja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan BesarTuanku Muhriz
dan
 • Menteri BesarAminuddin Harun
Keluasan
 • Jumlah6,686 km2 (2,581 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah1,199,974
Poskod
70xxx sehingga 73xxx
Kod ISO 3166ISO 3166-2:MY-05
Huruf plat kenderaanN
Laman sesawangwww.ns.gov.my

Negeri Sembilan (sebutan dalam loghat tempatan: Nogori Sombilan, Nismilan; Jawi: نڬري سمبيلن) juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di sebelah selatan.[1]

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri beriklim khatulistiwa. Kawasan tanah tingginya merupakan sebahagian daripada sistem pergunungan Banjaran Titiwangsa, dengan Gunung Besar Hantu sebagai titik tertinggi. Jajaran utama banjaran ini juga berakhir di sini, lebih tepatnya di Tampin di bahagian selatan negeri tersebut.

Ibu negerinya Seremban. Bandar dirajanya ialah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Port Dickson, Kuala Pilah, Nilai, dan Bahau.

Masyarakat yang bermukim pada sembilan luak seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk sebuah konfederasi yang memberi nama kepada negeri tersebut. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagarruyung.[2]

Berbeza dengan sistem beraja di negeri-negeri Melayu yang lain, Negeri Sembilan mengamalkan sistem beraja elektif dan bersama. Pemerintahnya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar atau juga dikenali sebagai Yamtuan Besar dan memerintah bersama Dato'-Dato' Undang serta Tunku Besar Tampin iaitu pemerintah luak berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih dan dilantik melalui musyawarah Dato'- Dato' Undang yang mentadbir empat Luak terbesar iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol, dan Rembau, daripada kerabat-kerabat lelaki yang sah daripada Wangsa Pagaruyung, dengan putera-putera Yamtuan terdahulu yang masih hidup didahulukan dalam pertimbangan tetapi tidak menjadi wajib untuk diundi, menjadikannya salah satu daripada sistem beraja yang lebih demokratik. Tambahan lagi, Negeri Sembilan juga mengamalkan sistem raja berperlembagaan sepertimana negeri-negeri Melayu beraja lain.

  1. ^ http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Negeri+Sembilan%2C+Malaysia
  2. ^ de Josselin de Jong, P. E., (1951), Minangkabau and Negri Sembilan, Leiden, The Hague.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne