Newsweek

Newsweek
Newsweek, 16 Jan 1950
EditorJon Meacham (Edisi AS)
Fareed Zakaria (edisi antarabangsa)
KategoriMajalah berita
KekerapanMingguan
Edaran1,972,219 (2009)
PenerbitSidney Harman (setakat Ogos 2010)
Isu pertama17 Februari 1933
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Laman webwww.newsweek.com
ISSN0028-9604

Newsweek merupakan majalah berita antarabangsa yang diterbitkan setiap minggu di Amerika Syarikat. Majalah ini ialah yang kedua terbesar pasarannya selepas majalah Time.

Majalah Newsweek diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa lain seperti bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Poland, bahasa Rusia, bahasa Sepanyol, bahasa Arab, dan bahasa Turki. Pada 2003, ia terjual lebih 4 juta naskhah sebelum menurun kepada 2.7 juta naskhah lalu menurun lagi sehingga hanya 1.5 naskhah sahaja pada 2010. Kini, terdapat 22 biro dengan pangkalan hadapan terletak di New York, Los Angeles, Chicago, Detroit, Dallas, Miami, Washington, Boston, dan San Francisco. Pangkalan-pangkalan lain ada terdapat di London, Paris, Berlin, Moscow, Jerusalem, Baghdad, Tokyo, Hong Kong, Beijing, Cape Town, Bandaraya Mexico dan Buenos Aires.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne