Pengepungan Algeciras | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Reconquista | |||||||
![]() Alfonso X dari Castile "El Sabio, Raja Castile. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() ![]() |
![]() ![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() |
Pengepungan Algeciras merupakan pengepungan yang pertama ke atas bandar tersebut oleh tentera Kristian sepanjang tempoh Reconquista Sepanyol. Pengepungan tersebut, yang diarahkan oleh Raja Alfonso X dari Castile yang juga dikenali sebagai "el Sabio", adalah kempen ketenteraan yang tidak berhasil yang dicetuskan oleh Kerajaan Castile dengan objektif menghalau keluar tentera Morocco dari Algeciras. Pengepungan ke atas Algeciras yang dikenali di kalangan Muslim sebagai Al-Jazirah Al-Khadra, adalah penting secara strategik kerana Algeciras pada masa tersebut merupakan kubu utama dan tempat pendaratan bagi tentera bantuan di Semenanjung Iberia. Castile, yang memiliki armada kapal kuat yang berlabuh di Teluk Gibraltar untuk menghalang bantuan itu, telah menyaksikan armada itu dimusnahkan oleh panglima laut Muslim, Abu Yusuf Yaqub dalam Pertempuran Algeciras (1278) beberapa hari sebelum pengepungan.