Perang Bosnia

Perang Bosnia
Sebahagian daripada Perang Yugoslavia

Bangunan Majlis Eksekutif terbakar selepas terkena tembakan artileri di Sarajevo pada bulan Mei 1992; Ratko Mladić bersama para pegawai Tentera Republik Srpska; seorang tentera PBB dari Norway di Sarajevo.
Tarikh1 Mac 1992 – 14 Disember 1995
(3 tahun, 9 bulan, 1 minggu dan 6 hari)
Lokasi
Keputusan

Kebuntuan ketenteraan

Pihak yang terlibat

1992:

Bosnia dan Herzegovina Republik Bosnia dan Herzegovina
 Croatia
Republik Herzeg-Bosnia Croatia Republik Herzeg-Bosnia Croatia

1992:

Republika Srpska
Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia SFR Yugoslavia
Republik Krajina Serbia

1992–94:

Bosnia dan Herzegovina Republik Bosnia dan Herzegovinaa

1992–94:

 Republik Herzeg-Bosnia Croatia
 Croatia

1992–1994:

Republika Srpska
Republik Krajina Serbia
AP Bosnia Barat (bermula pada tahun 1993)
Disokong oleh:
Republik Persekutuan Yugoslavia FR Yugoslavia

1994–95:

Bosnia dan Herzegovina Republik Bosnia dan Herzegovina
 Croatia
NATO NATO
(Operasi pengeboman, 1995)

1994–1995:

Republika Srpska
Republic of Serbian Krajina
AP Bosnia Barat
Disokong oleh:
Republik Persekutuan Yugoslavia FR Yugoslavia
Komandan dan pemimpin

Bosnia dan Herzegovina Alija Izetbegović
(Presiden Bosnia dan Herzegovina) Bosnia dan Herzegovina Haris Silajdžić
(Perdana Menteri Bosnia dan Herzegovina) Bosnia dan Herzegovina Sefer Halilović
(Ketua Staf ARBiH 1992–1993) Bosnia dan Herzegovina Rasim Delić
(ARBiH Komander Staf Jeneral 1993–1995) Bosnia dan Herzegovina Enver Hadžihasanović
(Ketua Staf ARBiH 1992–1993)


NATO Leighton W. Smith
(Komander AFSOUTH)

dan lain-lain

Croatia Franjo Tuđman
(Presiden Croatia) Croatia Gojko Šušak
(Menteri Pertahanan Croatia)
Croatia Janko Bobetko
(Ketua Staf HV 1992–1995)


Republik Croat Herzeg-Bosnia Mate Boban
(Presiden CR Herzeg-Bosnia)
Republik Croat Herzeg-Bosnia Milivoj Petković
(Ketua Staf HVO)

Republik Croat Herzeg-Bosnia Dario Kordić
(Timbalan Presiden CR Herzeg-Bosnia)
dan lain-lain

Republik Persekutuan YugoslaviaSerbia Slobodan Milošević
(Presiden Serbia) Republik Srpska Radovan Karadžić
(Presiden Republik Srpska) Republik Srpska Ratko Mladić
(Ketua Staf VRS) Republik Persekutuan Yugoslavia Momčilo Perišić
(Ketua Staf VJ) Republik Persekutuan YugoslaviaSerbia Vojislav Šešelj
(Pemimpin para-tentera)


Fikret Abdić (Pemangku Presiden AP Bosnia Barat)

dan lain-lain
Kekuatan
ARBiH:
110,000 tentera
100,000 tentera simpanan
40 kereta kebal
30 APC[3]
HVO:
45,000–50,000 tentera[4]
75 kereta kebal
50 APC
200 meriam[5]
HV:
15,000 tentera[6]
VRS:
80,000 tentera
300 kereta kebal
700 APC
800 meriam [7]
AP Bosnia Barat:
4,000–5,000 tentera[8]
Kerugian dan korban
30,521 tentera terbunuh
31,583 orang awam terbunuh[1][2]
6,000 tentera terbunuh
2,484 orang awam terbunuh[1][2]
21,173 tentera terbunuh
4,179 orang awam terbunuh[1][2]
tambahan 5,100 orang terbunuh atas sebab-sebab yang tidak diketahui[9]

a Bermula pada 1992 sehingga 1994, Republik Bosnia dan Herzegovina tidak disokong oleh majoriti etnik Croat Bosnia dan Serb (yang mana memiliki entiti bermusuhan di antara mereka). Akibatnya, ia hanya diwakili oleh etnik Bosniak di Bosnia dan Herzegovina. Selepas perang, Bosnia dan Herzegovina terdiri daripada ketiga-tiga kumpulan etnik Bosnia.


b Antara tahun 1994 dan 1995, Republik Bosnia dan Herzegovina telah disokong dan diwakili oleh kedua-dua etnik Bosniak dan Croat Bosnia. Ia di sebabkan oleh Persetujuan Washington.

Perang Bosnia merupakan sebuah konflik bersenjata antarabangsa yang terjadi di Bosnia dan Herzegovina antara tahun 1992 hingga 1995. Berikutan berlakunya sejumlah peristiwa keganasan pada awal tahun 1992, mengikut pendapat umum perang ini dipercayai bermula pada 1 Mac 1992 dan tamat pada 14 Disember 1995. Pihak-pihak utama yang bertelagah adalah tentera Republik Bosnia dan Herzegovina dengan etnik Serb and Croat Bosnia yang membuat pengistiharan sendiri akan entiti berasingan di dalam wilayah Bosnia dan Herzegovina, Republika Srpska dan Herzeg-Bosnia, yang mana telah dipimpin dan disokong oleh Serbia dan Croatia.[10][11][12]

Perang ini merupakan sebahagian peristiwa yang berlaku selepas perpecahan Yugoslavia. Selepas pemisahan Slovenia dan Croatia daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia pada tahun 1991, negeri pelbagai etnik Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina, yang didiami oleh Muslim Bosniak (44 peratus), selain etnik Ortodok Serb (32.5 peratus) dan Katolik Croat (17 peratus), telah meluluskan satu referendum untuk merdeka pada 29 Februari 1992.

Referendum ini telah ditolak oleh para perwakilan Serb Bosnia, yang telah memboikot referendum ini dan mewujudkan republik mereka sendiri. Berikutan pengistiharan kemerdekaan Bosnia dan Herzegovina (yang mana mendapat pengiktirafan antarabangsa), Serb Bosnia, diketuai oleh Radovan Karadžić dan disokong oleh kerajaan Serbia yang dipimpin oleh Slobodan Milošević dan Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA), menggerakan pasukan tentera mereka mara ke dalam Republik Bosnia dan Herzegovina sebagai langkah untuk mengawal wilayah Serb, kemudian merebak ke seluruh negara. Mereka juga melakukan penghapusan etnik Bosniak dan Croat, terutamanya di timur Bosnia dan seluruh Republika Srpska.[13]

Ia bermula dengan konflik wilayah, pada awalnya di antara tentera Serb yang disusun dalam Tentera Darat Republika Srpska (VRS) dengan Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (ARBiH) yang masa sebahagian besarnya terdiri daripada etnik Bosniak, dan tentera Croat dari Majlis Pertahanan Croatia (HVO). Puak Croat juga ingin merampas sebahagian wilayah Bosnia dan Herzegovina menjadi milik mereka.[14] Pemimpin politik Serb dan Croat kemudian bersetuju untuk memecahkan wilayah Bosnia berdasarkan Persetujuan Karađorđevo dan Graz, mengakibatkan puak tentera Croat berpaling dan menentang ARBiH dan mencetus Perang Bosniak-Croat.[15] Perang Bosnia digambarkan sebagai peperangan yang pahit, pengeboman sembarangan ke atas bandar dan kota, penghapusan etnik dan perogolan massa secara sistematik, kebanyakan dilakukan oleh tentera Serb, dan peringkat yang rendah sedikit, tentera Croat[16] and Bosniak[17]. Peristiwa-peristiwa seperti Pengepungan Sarajevo dan pembunuhan beramai-ramai Srebrenica kemudian menjadi ikon konflik ini.

Etnik Serb, meskipun pada awalnya lebih berkuasa dari segi persenjataan dan sumber-sumber yang dibekalkan oleh JNA, akhirnya hilang momentum apabila etnik Bosniak dan Croat bersekutu menentang Republika Srpska pada tahun 1994 dengan penubuhan Persekutuan Bosnia dan Herzegovina berikutan Persetujuan Washington. Selepas pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica dan Markale, NATO mula masuk campur pada tahun 1995 dan melaksanakan Operasi Deliberate Force yang menyasarkan kedudukan tentera Republika Srpska, yang mana menjadi kunci kepada tamatnya perang.[18][19] Perang ini akhirnya tamat selepas Persetujuan Rangka Kerja Umum untuk Keamanan di Bosnia dan Herzegovina ditandatangani di Paris pada 14 Disember 1995. Rundingan damai telah diadakan di Dayton, Ohio dan dimuktamadkan pada 21 November 1995.[20] Berdasarkan pada sebuah laporan yang disusun oleh PBB, dan dipengerusikan oleh M. Cherif Bassiouni, meskipun semua pihak bertanggungjawab atass jenayah perang semasa konflik, tentera Serbia bertanggungjawab untuk 90 peratus daripadanya, tentera Croatia enam peratus dan tentera Bosniak sebanyak empat peratus.[21] Laporan ini menguatkan kesimpulan anggaran yang diterbitkan oleh Agensi Perisikan Pusat pada tahun 1995.[22][23]

Pada awal tahun 2008, Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia telah menyabitkan 45 orang Serb, 12 orang Croat dan 4 orang Bosniak di atas jenayah perang berkaitan dengan Perang Bosnia.[24]Templat:Update inline Anggaran terkini mencadangkan angka korban adalah sekitar 100,000 orang telah terbunuh semasa perang.[25][26] Over 2.2 million people were displaced,[27] menjadikan ia sebuah konflik yang paling membinasakan di Eropah sejak berkahirnya Perang Dunia II.[28][29] Selain itu, dianggarkan 12–20,000 wanita telah dirogol, kebanyakan mereka adalah etnik Bosniak.[30][31]

  1. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RDC 2012
  2. ^ a b c d e "Spolna i nacionalna struktura žrtava i ljudski gubitci vojnih formacija (1991–1996)". Prometej.
  3. ^ Ramet 2010, p. 130
  4. ^ Christia 2012, p. 154
  5. ^ Ramet 2006, p. 450
  6. ^ Mulaj 2008, m/s. 53.
  7. ^ Finlan 2004, p. 21
  8. ^ Ramet 2006, p. 451
  9. ^ "After years of toil, book names Bosnian war dead". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-10. Dicapai pada 2016-07-13.
  10. ^ "ICTY: Conflict between Bosnia and Herzegovina and the Federal Republic of Yugoslavia". Dicapai pada 25 April 2015.
  11. ^ "ICTY: Conflict between Bosnia and Croatia".
  12. ^ "ICJ: The genocide case: Bosnia v. Serbia – See Part VI – Entities involved in the events 235–241" (PDF). Dicapai pada 25 April 2015.
  13. ^ "ICTY: The attack against the civilian population and related requirements". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2009. Dicapai pada 25 April 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "ICTY: Naletilić and Martinović verdict – A. Historical background" (PDF).
  15. ^ Silber, L (1997), Yugoslavia: Death of a Nation. Penguin Books, p. 185
  16. ^ Forsythe 2009, p. 145
  17. ^ CIA Report – "Ethnic Cleansing" and Atrocities in Bosnia
  18. ^ Cohen, Roger (31 August 1995). "Conflict in the Balkans: The overview; NATO presses Bosnia bombing, vowing to make Sarajevo safe". The New York Times. Dicapai pada 5 May 2011.
  19. ^ Holbrooke, Richard (1999). To End a War. New York: Modern Library. m/s. 102. ISBN 0-375-75360-5. OCLC 40545454.
  20. ^ "Dayton Peace Accords on Bosnia". US Department of State. 30 March 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-25. Dicapai pada 19 March 2006.
  21. ^ Waller, James E. (2002). Becoming Evil: How Ordinary People Commit Genocide and Mass Killing. Oxford University Press. m/s. 276–277. ISBN 978-0-19-514868-8.
  22. ^ Kennedy, Michael D. (2002). Cultural Formations of Postcommunism: Emancipation, Transition, Nation and War. University of Minnesota Press. m/s. 252. ISBN 978-0-8166-3857-4.
  23. ^ "C.I.A. Report on Bosnia Blames Serbs for 90% of the War Crimes" by Roger Cohen, The New York Times, 9 March 1995.
  24. ^ "Karadzic Sent to Hague for Trial Despite Violent Protest by Loyalists", New York Times, 30 July 2008.
  25. ^ "Bosnia war dead figure announced". BBC. 21 June 2007. Dicapai pada 16 February 2013.
  26. ^ "Bosnia's dark days – a cameraman reflects on war of 1990s". CBC. 6 April 2012. Dicapai pada 16 February 2013.
  27. ^ "Jolie highlights the continuing suffering of the displaced in Bosnia". UNHCR. 6 April 2010. Dicapai pada 19 October 2010.
  28. ^ Hartmann, Florence. "Bosnia". Crimes of War. Dicapai pada 30 April 2015.
  29. ^ Harsch, Michael F. (2015). The Power of Dependence: NATO-UN Cooperation in Crisis Management. Oxford: Oxford University Press. m/s. 37. ISBN 978-0-19-872231-1.
  30. ^ Steven L. Burg; Paul S. Shoup (4 March 2015). Ethnic Conflict and International Intervention: Crisis in Bosnia-Herzegovina, 1990–93: Crisis in Bosnia-Herzegovina, 1990–93. Taylor & Francis. m/s. 222. ISBN 978-1-317-47101-1.
  31. ^ Crowe, David M. (2013). War Crimes, Genocide, and Justice: A Global History. Palgrave Macmillan. m/s. 343. ISBN 978-0-230-62224-1.CS1 maint: ref=harv (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne