Persatuan Cina Malaysia

Persatuan Cina Malaysia
Malaysian Chinese Association
马来西亚华人公会
MCA
PresidenDato' Seri Wee Ka Siong
Timbalan PresidenDato' Sri Mah Hang Soon
Naib PresidenYB Lim Ban Hong
(Naib Presiden I)
YB Tan Teik Cheng
(Naib Presiden II)
YB Ti Lian Ker
(Naib Presiden III)
YB Yew Teong Look
(Naib Presiden IV)
Ketua WanitaDatuk Heng Seai Kie
Ketua PemudaDatuk Nicole Wong Siaw Ting
Ditubuhkan27 Februari 1949
Ibu pejabatTingkat 8, Wisma MCA,
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Keanggotaan (-)592,530 (Ogos 2022)
IdeologiNasionalisme Malaysia
Patriotisme
Perjuangan komuniti Cina
Hak ekonomi komuniti Cina
Membanteras rasuah
Semangat Keluarga Malaysia
Kebajikan rakyat diutamakan
Keadilan semua pihak
Kerjasama pelbagai kaum
Hak sosial & budaya negara
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan (PA)
(1952–1973) Barisan Nasional
(1973-2018), (2020-kini)
Warna     Biru dan Kuning
Lagu partiMa Hua Dang Ge
Dewan Negara:
6 / 70
Dewan Rakyat:
2 / 222
Dewan Undangan Negeri:
8 / 587
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
www.mca.org.my

-


Persatuan Cina Malaysia (Inggeris: Malaysian Chinese Association, Cina Ringkas: 马来西亚华人公会, akronim: MCA) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. MCA merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan sebahagian daripada gabungan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan dan merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis, Pahang, Melaka dan Johor. Setiausaha Agung MCA ialah Datuk Chong Sin Woon. Ketua Pemuda MCA ialah Nicole Wong Siaw Ting manakala Ketua Wanita MCA pula ialah Datuk Heng Seai Kie.

Parti ini mendapat asasnya daripada gerakan Kuomintang yang bertapak di Tanah Melayu British sekitar tahun 1930-an[1] melawan Parti Komunis Malaya seiringan perjuangan parti tersebut dipegang Republik China yang mahu merampas kuasa ke atas Tanah Besar China dari Parti Komunis China.[2] Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Februari 1949 dengan galakan Pentadbiran Tentera British yang mendokong gagasan pendirian anti-radikalnya yang alternatif pada ketika itu.[3]

  1. ^ Harper, Timothy Norman. The End of Empire and The Making of Malaya. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 33. ISBN 9780521004657.
  2. ^ Ching Fatt Yong; R. B. McKenna (1990). The Kuomintang Movement in British Malaya, 1912–1949. NUS Press. m/s. 1. ISBN 978-9971-69-137-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2017. Dicapai pada 24 September 2016.
  3. ^ Ooi Keat Gin (11 May 2009). Historical Dictionary of Malaysia. Scarecrow Press. m/s. lvii, 185–186. ISBN 978-0-8108-6305-7. Dicapai pada 16 February 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne