Petroleum

Perbezaan eksport import minyak
Bicu pengepam satu telaga minyak berdekatan dengan Lubbock, Texas
Sebuah pelantar minyak di perairan Scotland

Petroleum (secara harfiah minyak batu, daripada bahasa inggeris petroleum, gabungan perkataan bahasa Yunani πέτρα petra – batu dan ἔλαιον elaion – minyak) merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.[1]

Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.

  1. ^ Bauer Georg, Bandy Mark Chance (tr.), Bandy Jean A.(tr.). De Natura Fossilium. Unknown parameter |originallanguage= ignored (bantuan); Unknown parameter |originalyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |book= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) translated 1955

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne