Sirius

Sirius A / B

Kedudukan Sirius (terbulat).
Data cerapan
Epok J2000.0      Ekuinox J2000.0 (ICRS)
Buruj Canis Major
Jarak hamal 06j 45m 08.9173s[1][note 1]
Keserongan −16° 42′ 58.017″[1][note 1]
Magnitud ketara (V)−1.47 (A)[1] / 8.30 (B)[2]
Ciri-ciri
Jenis spektrum A1V (A)[1] / DA2 (B)[2]
U−B indeks warna −0.05 (A)[3] / −1.04 (B)[2]
B−V indeks warna 0.01 (A)[1] / −0.03 (B)[2]
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)−7.6[1] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: −546.05[1][note 1] mas/thn
Dec.: −1223.14[1][note 1] mas/thn
Paralaks (π)379.21 ± 1.58 mas[1][4]
Jarak8.6 ± 0.04 tc
(2.64 ± 0.01 pc)
Magnitud mutlak (MV)1.42 (A)[note 2] / 11.18 (B)[2]
Orbit[5]
Pendampingα CMa B
Tempoh (P)50.090 ± 0.055 thn
Paksi separa utama (a)7.50 ± 0.04″
Keeksentrikan (e)0.5923 ± 0.0019
Kecondongan (i)136.53 ± 0.43°
Longitud nod (Ω)44.57 ± 0.44°
Epok periastron (T)1894.130 ± 0.015
Hujah periastron (ω)
(sekunder)
147.27 ± 0.54°
Perincian
α CMa A
Jisim2.02[6] M
Jejari1.711[6] R
Kekilauan25.4[6] L
Graviti permukaan (log g)4.33[7] cgs
Suhu9,940[7] K
Kelogaman [Fe/H]0.50[8] dex
Putaran16 km/s[9]
Umur2–3 × 108[6] tahun
α CMa B
Jisim0.978[6] M
Jejari0.0084 ± 3%[10] R
Kekilauan0.026[note 3] L
Graviti permukaan (log g)8.57[10] cgs
Suhu25,200[6] K
Penamaan lain
Sistem: Bintang Anjing, Bintang Serigala Langit, Aschere, Canicula, Al Shira, Sothis,[11] Alhabor,[12] Mrgavyadha, Lubdhaka,[13] Tenrōsei,[14] α Canis Majoris (α CMa), 9 Canis Majoris (9 CMa), HD 48915, HR 2491, BD −16°1591, GCTP 1577.00 A/B, GJ 244 A/B, LHS 219, ADS 5423, LTT 2638, HIP 32349.
B: EGGR 49, WD 0642-166.[1][15][16]

Sirius (Jawi: سيريوس) ialah bintang tercerah di langit malam. Dengan magnitud ketara penglihatan sebanyak −1.46, bintang ini hampir dua kali ganda secerah Canopus, bintang tercerah seterusnya. Nama "Sirius" diterbitkan daripada daripada bahasa Yunani purba: Σείριος Seirios ("berbara" atau "terik"). Bintang ini mempunyai designasi Bayer Alpha Canis Majoris (α CMa). Yang diamati oleh mata kasar sebagai sebuah bintang tunggal sebenarnya merupakan sistem bintang dedua, terdiri daripada bintang jujukan utama jenis spektrum A1V, beristilahkan Sirius A, dan teman kerdil putih kelam jenis spektrum DA2, dipanggil Sirius B. Jarak yang memisahkan Sirius A daripada temannya berubah-ubah pada antara 8.2 dan 31.5 AU.[17]

Sirius kelihatan cerah kerana kedua-dua kekilauan intrinsiknya dan kehampirannya dengan Bumi. Pada jarak 2.6 parsek (8.6 ly), seperti ditentukan oleh satelit astrometri Hipparcos,[4][18][19] sistem Sirius ialah salah satu jiran dekat Bumi. Untuk pencerap di hemisfera Utara pada antara 30 darjah dan 73 darjah garis lintang (termasuk hampir keseluruhan Eropah dan Amerika Utara), bintang ini merupakan bintang terhampir (selepas Matahari) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sirius secara beransur bergerak semakin hampir dengan Sistem Suria, maka kecerahannya akan meningkat dengan sedikit selama 60,000 tahun seterusnya. Selepas waktu itu jaraknya akan mula merosot, tetapi akan Sirius akan terus menjadi bintang tercerah di langit Bumi selama 210,000 tahun seterusnya.[20]

Sirius A dua kali ganda sebesar Matahari dan mempunyai magnitud penglihatan mutlak sebanyak 1.42. Sirius A adalah 25 kali lebih berkilau daripada Matahari[6] tetapi mempunyai kekilauan lebih rendah sedikit daripada bintang lain seperti Canopus atau Rigel. Sistem ini berumur antara 200 dengan 300 juta tahun.[6] Sirius pada asalnya terdiri daripada dua buah bintang kebiruan cerah. Yang lebih besar, Sirius B, menggunakan sumbernya dan menjadi gergasi merah sebelum meluruhkan lapisan luarnya dan runtuh menjadi keadaan semasanya sebagai kerdil putih pada kira-kira 120 juta tahun lalu.[6]

  1. ^ a b c d e f g h i j Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SIMBADa
  2. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama McCook2006
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Hoffleit1991
  4. ^ a b van Leeuwen, F. (November 2007), "Validation of the new Hipparcos reduction", Astronomy and Astrophysics, 474 (2): 653–664, arXiv:0708.1752, Bibcode:2007A&A...474..653V, doi:10.1051/0004-6361:20078357
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama VanDenBos1960
  6. ^ a b c d e f g h i Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Liebert2005
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Adelman2004
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Qiu2001
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Royer2002
  10. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Holberg1998
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Allen1899
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama gingerich
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kumar2002
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Spahn1996
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SIMBADb
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama VanAltena1995
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Schaaf2008
  18. ^ Perryman, M. A. C.; Lindegren, L.; Kovalevsky, J.; dll. (Julai 1997), "The Hipparcos Catalogue", Astronomy and Astrophysics, 323: L49–L52, Bibcode:1997A&A...323L..49P Explicit use of et al. in: |last4= (bantuan)
  19. ^ Perryman, Michael (2010), The Making of History's Greatest Star Map, Heidelberg: Springer-Verlag, doi:10.1007/978-3-642-11602-5
  20. ^ Henry, Dr. Todd J. (2006-07-01). "The One Hundred Nearest Star Systems" (dalam bahasa English). RECONS. Dicapai pada 2006-08-04.CS1 maint: unrecognized language (link)


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne