Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar

Presidensi Umum bagi Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar
الرئاسة العامة لهيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر
Intisari agensi
Dibentuk1976 (1976)
Eksekutif Agensi
  • Syeikh Abdulrahman bin Abdullah Al-Sanad[1], Yang di-Pertua
Laman sesawang
https://www.pv.gov.sa


Presidensi Umum bagi Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar (Arab: الرئاسة العامة لهيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر, Bahasa Inggeris: The General Presidency of the Commission for Promotion of Virtue and Prevention of Vice) merupakan agensi berkaitan agama Islam di Arab Saudi yang ditugaskan dengan melaksanakan tugas ombudsman Islam (hisbah)

Ia merupakan kesinambungan bagi fungsi muhtasib (pemeriksa pasar) yang pernah diperkenalkan semasa era Emiriyah Diriyah (Negara Saudi Pertama (1745–1818)). Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 1976 dalam bentuk terkininya, bermatlamat utama memantau pasar dan kawasan-kawasan awam. Ia dibantu oleh sukarelawan[2], dan kerap digambarkan sebagai polis syariah[3][4] yang dipanggil Mutawien[5].

Pegawai suruhanjayajaya dan sukarelawan dikenali meronda tempat awam, dengan sukarelawan menumpukan menguatkuasakan peraturan tegas hijab, pengasingan antara jantina, dan kehadiran sembahyang harian[2]. Para pegawai diberi kuasa untuk memburu, menahan dan menyoal siasat pelanggar peraturan yang disyaki sehingga berlakunya perubabidang kuasa han pada tahun 2016.[6][7]

  1. ^ [1] CV of the new Agency Sheikh Abdulrahman Al Alsanad. 31 Januari 2015
  2. ^ a b Thielmann, Jörn (2017). "Ḥisba (modern times)". Dalam Kate Fleet; Gudrun Krämer; Denis Matringe; John Nawas; Everett Rowson (penyunting). Encyclopaedia of Islam (ed. 3rd). Brill. doi:10.1163/1573-3912_ei3_COM_30485.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Vikør, Knut S. (2005). Between God and the Sultan: A History of Islamic Law. Oxford University Press. m/s. 268.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama vikor
  5. ^ "Who are Islamic 'morality police'?". BBC News. 22 April 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Haia can't chase, arrest suspects". arabnews.com. Dicapai pada 2016-04-14.
  7. ^ Commins, David Dean (2015). Islam in Saudi Arabia. I.B. Tauris. m/s. 66. no-break space character in |author= at position 9 (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne