Syurga

Dante dan Beatrice melihat langit yang tertinggi; daripada ilustrasi Gustave Doré bagi karya Divina Commedia oleh Dante Alighieri.

Syurga (kata serapan daripada Sanskrit: स्वर्ग svarga "kayangan") merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.

Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, -dewa-dewi, dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.

Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa dan dewi, dan/atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan atau kekadangnya kebahagian abadi.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne