Takhta Suci

Takhta Suci
تختا سوچي
Sancta Sedes (Bahasa Latin)
Santa Sede (Bahasa Itali)
Holy See (Bahasa Inggeris)
Jata
Bidang kuasaKota Vatikan
Pelbagai premis luar kawasan di Rom, Itali
Bahasa rasmiBahasa Latin
Bahasa kerjaBahasa Itali
Bahasa Perancis (tujuan diplomatik)[1]
JenisTakhta gereja Paus merangkumi ketua Gereja Katolik sedunia
Pemerintahan
• Paus
Paus Franciscus
• Setiasusaha Kardinal Negara
Pietro Parolin
Laman sesawang rasmi
Vatican.va

Takhta Suci (Itali: Santa Sede; Latin: Sancta Sedes; sebutan bahasa Latin[ˈsaŋkta ˈsedes]; bahasa Inggeris: Holy See) merupakan bidang kuasa yang bertanggungjawab dalam Gereja Katolik di Rom, takhta persemayaman Paus serta suatu entiti berdaulat yang bebas. Ia berfungsi sebagai titik pusat bagi Gereja Katolik di seluruh dunia atas sebab kedudukannya yang terunggul dalam gereja sedunia. Ia kini berfungsi sebagai badan pentadbiran bagi semua penganut Katolik yang berada di dalam gereja, Patriarkat dan institut keagamaan masing-masing.

Secara diplomatiknya, Takhta Suci bertindak bagi pihak seluruh Gereja. Ia turut diiktiraf oleh entiti lain mengikut undang-undang antarabangsa sebagai suatu entiti berdaulat yang diketuai Paus, di mana hubungan diplomatik dapat dikekalkan.[2][3] Ia sering disamakan dengan "Vatikan", namun takhta tersebut tidak sama dengan entiti yang bernama "Negara Kota Vatikan" yang wujud pada tahun 1929 selepas termeterainya Perjanjian Lateran; Takhta Suci iaitu takhta gereja Rom diwujudkan sejak berkurun lamanya. Duta-duta ditauliahkan tidak kepada Negara Kota Vatikan tetapi kepada "Takhta Suci", dan wakil-wakil paus ke negara dan pertubuhan antarabangsa diiktiraf sebagai pewakilan kepada Takhta Suci, bukannya Negara Kota Vatikan. Kewujudan negara Kota Vatikan bertujuan memastikan kebebasan diplomatik dan rohaniah si Paus.

  1. ^ "About the Holy See".
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2010. Dicapai pada 5 Februari 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ Kedaulatan Takhta Suci diiktiraf secara jelasnya dalam banyak perjanjian antarabangsa serta ditekankan secara khususnya dalam perkara 2 Perjanjian Lateran pada 11 Februari 1929, di mana "Itali mengiktiraf kedaulatan Takhta Suci dalam hal-ehwal antarabangsa sebagai suatu lambang sedia ada yang mengikut tradisinya serta keperluan misinya ke seluruh dunia" (Lateran Treaty, English translation).

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne