Tapak sulaiman

Tapak sulaiman
Julat zaman:
Fromia monilis
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Echinodermata
Superkelas: Asterozoa
Kelas: Asteroidea
Blainville, 1830
Anak takson dan order

Calliasterellidae
Trichasteropsida[2]

Tapak sulaiman atau bintang laut adalah sejenis haiwan ekinoderma yang tergolong dalam kelas Asteroidea. Sebanyak lebih kurang 1,900 spesies haiwan ini didapati serata lautan dunia tidak kira apa jua iklim dari kawasan pasang surut cetek ke abis sedalam 6,000 meter dari permukaan laut.

Tapak sulaiman merupakan invertebrata marin yang lazimnya terdiri daripada satu cakera tengah dan lima cabang (atau lengan), tetapi ada juga spesies yang lebih banyak cabangnya. Permukaan aboralnya (atas) mungkin licin, berbutir-butir atau berduri-duri, malah dilitupi plat-plat bertindan. Kebanyakan spesies berwarna terang dalam pelbagai rona merah atau jingga, tetapi ada juga yang berwarna biru, kelabu atau perang. Tapak sulaiman mempunyai kaki tiub yang dikendalikan oleh suatu sistem hidraulik, dan mulut di tengah-tengah permukaan oral (bawah). Ia merupakan pemakan oportunis dan kebanyakannya memangsakan invertebrat yang hidup di bentos. Tapak sulaiman mempunyai kitaran hidup yang kompleks dan boleh membiak secara seks atau askes. Kebanyakannya boleh menjana semula anggota yang rosak atau cabang yang tercabut, malah ia dapat memutuskan cabang sebagai langkah mempertahankan diri.

Rumpun Asteroidea memainkan beberapa peranan penting dalam ekologi. Misalnya, Pisaster ochraceus dan Stichaster australis terkenal sebagai contoh spesies kunci yang terkenal. Spesies Acanthaster planci pula merupakan pemangsa batu karang yang lahap di seluruh lautan Indo-Pasifik.

Tapak sulaiman telah wujud sejak 450 juta tahun dahulu iaitu pada zaman Ordovisi, namun fosilnya jarang ditemui kerana tapak sulaiman berkecai selepas mati. Hanya bahagian osikel dan durinya yang mungkin terpelihara, maka bangkainya sukar dijumpai. Dengan bentuk simetrinya yang menarik, tapak sulaiman memainkan peranan dalam legenda, sastera, reka bentuk dan kebudayaan popular. Ia juga dijadikan bahan koleksi, ilham untuk bentuk logo, dan juga sebagai bahan makanan (walaupun mungkin beracun).

  1. ^ Sweet, Elizabeth (22 November 2005). "Fossil Groups: Modern forms: Asteroids: Extant Orders of the Asteroidea". University of Bristol. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2007. Dicapai pada 2016-05-31.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Knott

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne