Tuhan dalam Islam

Tanggapan Tuhan
Bahá'í
Buddha
Kristian
Hindu
Islam
Jain
Yahudi
Sikh
Majusi

Dalam Islam, Tuhan, dikenali dalam bahasa Arab sebagai Allah, ialah Pencipta, Pengekal, Pentakdir, dan Hakim alam semesta yang maha berkuasa dan maha mengetahui.[1][2] Islam memberi penekanan berat pada tanggapan Tuhan sebagai tunggal semata-mata (tauhid).[3] Tuhan adalah unik (wahid) dan wujud hanya satu (ahad), maha pengasih dan sangat berkuasa.[4] Menurut tradisi ada 99 Nama Tuhan (al-Asma al-Husna makna harfiah: "Nama-nama yang terbaik") setiapnya menimbulkan suatu sifat berlainan Tuhan.[5][6] Kesemua nama ini merujuk kepada Allah, nama ketuhanan yang agung dan maha menyeluruh.[7] Di kalangan 99 nama Tuhan, yang termasyhur dan terbanyak digunakan ialah "Maha Penyayang" (al-Rahman) dan "Maha Pengasih" (al-Rahim).[5][6]

Penciptaan dan pemerintahan alam semesta dilihat sebagai suatu tindakan pengasih perdana untuk mana semua ciptaan menyanyi kemuliaan Tuhan dan bersaksi pada kesatuan dan ketuanan Tuhan. Menurut ajaran Islam, Tuhan wujud tanpa suatu tempat.[8] Menurut al-Quran, "Tiada penglihatan dapat memahami-Nya, tetapi pemahaman-Nya adalah ke atas semua penglihatan. Tuhan adalah di luar semua pemahaman, tetapi mengenal semua benda" (Qur'an 6:103).[2]

Tuhan dalam Islam bukan hanya agung dan berdaulat, tetapi juga suatu Tuhan yang peribadi: Menurut al-Quran, Allah lebih dekat kepada seorang daripada urat jugulumnya (al-Quran 50:16).[9] Tuhan menjawab pada mereka yang memerlukan atau dalam kesusahan bila-bila masa mereka memanggil. Di atas semuanya, Tuhan memimpin kemanusiaan ke jalan yang benar, “cara yang suci.”[8]

Islam mengajar bahawa Tuhan yang disebut dalam al-Quran sebagai Tuhan yang sama disembah oleh agama samawi yang lain seperti agama Kristian dan agama Yahudi (29:46).[10]

  1. ^ Gerhard Böwering, God and his Attributes, Encyclopedia of the Quran
  2. ^ a b John L. Esposito, Islam: The Straight Path, Oxford University Press, 1998, m/s. 22
  3. ^ John L. Esposito, Islam: The Straight Path, Oxford University Press, 1998, m/s. 88
  4. ^ "Allah." Encyclopædia Britannica. 2007. Encyclopædia Britannica
  5. ^ a b Bentley, David (1999). The 99 Beautiful Names for God for All the People of the Book. William Carey Library. ISBN 0-87808-299-9. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Encyclopedia of the Modern Middle East and North Africa, Allah
  7. ^ Annemarie Schimmel,The Tao of Islam: A Sourcebook on Gender Relationships in Islamic, SUNY Press, m/s .206
  8. ^ a b Britannica Encyclopedia, Islam, m/s. 3
  9. ^ Terjemahan Surah Qaf di USC
  10. ^ F.E. Peters, Islam, m/s. 4, Princeton University Press, 2003

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne