Undi tidak percaya

Undi tidak percaya merupakan satu penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang dalam kedudukan tanggungjawab (kerajaan, pengurusan, dan lain-lain) tidak lagi dianggap sesuai untuk memegang jawatan tersebut,[1] termasuk disebabkan tidak layak dalam hal tertentu, gagal melaksanakan kewajiban, atau membuat keputusan yang dianggap merugikan. Dalam gerakan parlimen, ia merujuk kepada kehilangan keyakinan (satu atau lebih anggota) terhadap ketua negara yang dilantik.

  1. ^ "Apakah maksud Undi Tidak Percaya? Ini jawapan Pakar Perlembagaan". Astro Awani. 2020-10-20. Dicapai pada 2024-05-02.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne