Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris
English
Sebutan/ˈɪŋɡlɪʃ/[1]
Kawasan(lihat bawah)
Penutur bahasa
360 juta orang penutur (cited 2010)[2]
L2: 375 juta dan 750 juta penutur EFL[3]
abjad Inggeris (Skrip Latin)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
54 negara
27 entiti tidak berdaulat
Bangsa-bangsa Bersatu
Kesatuan Eropah
Negara-Negara Komanwel
Majlis Eropah
IOC
NATO
NAFTA
OAS
OECD
OIC
PIF
UKUSA Agreement
Kod bahasa
ISO 639-1en
ISO 639-2eng
ISO 639-3eng
Linguasphere52-ABA
  Negara di mana bahasa Inggeris bahasa ibunda majoriti penduduk
  Negara di mana bahasa Inggeris diguna tetapi bukan bahasa majoriti
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Inggeris (Jawi: بهاس ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English) ialah bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan negara Komanwel termasuk Australia dan Kanada, dan bekas koloni British yang lain. Ia juga ialah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan negara yang dahulunya di bawah pemerintahan British.

Bahasa Inggeris kini ialah yang keempat (atau kebarangkalian ketiga bergantung kepada sumber) yang paling banyak bahasa asli yang dituturi di seluruh dunia (selepas Cina, Hindi dan secara pertikaian Sepanyol), dengan kira-kira 380 juta penutur. Bahasa Inggeris juga ahli dominan bahasa Jermanik. Ia mempunyai status lingua franca di kebanyakan bahagian di dunia, dianggap berpunca daripada ketenteraan, ekonomi, sains, politik dan pengaruh budaya dari Empayar British pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20 dan demikian di Amerika Syarikat dari awal abad ke-20 hingga kini.

Meskipun terdapat banyak pengaruh global daripada penutur Bahasa Inggeris asli di pawagam, pesawat penumpang, penyiaran, sains dan di Internet pada dekad kebelakangan, Bahasa Inggeris sekarang ialah bahasa kedua yang paling banyak dipelajari di dunia walaupun bahasa lain seperti Perancis dan Sepanyol juga mengekalkan kepentingan di dunia.

Kebanyakan pelajar di seluruh dunia digalakkan belajar sekurang-kurangnya sebahagian Bahasa Inggeris, dan pengetahuan kerja dalam Bahasa Inggeris digalakkan dalam banyak bidang dan pekerjaan.[4]

  1. ^ English Adjective Diarkibkan 2011-10-09 di Wayback Machine – Oxford Advanced Learner's Dictionary – Oxford University Press ©2010.
  2. ^ Nationalencyklopedin "Världens 100 största språk 2010" The World's 100 Largest Languages in 2010
  3. ^ "Future of English" (PDF). The British Council. Dicapai pada 24 August 2011. (page 10)
  4. ^ آموزش زبان انگلیسی

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne