Bandar Raya New York

Bandaraya New York
بندر راي نيو يورك
City of New York
Dari kiri atas: Midtown Manhattan, Ibu Pejabat PBB, Patung Liberty, Times Square, Unisphere di Queens, Jambatan Brooklyn, dan Lower Manhattan dengan Staten Island Ferry
Bendera Bandaraya New York بندر راي نيو يورك
Mohor rasmi Bandaraya New York بندر راي نيو يورك
Nama panggilan: NYC, "Big Apple"
Lokasi di negeri New York
Lokasi di negeri New York
NegaraAmerika Syarikat
NegeriNew York
KauntiBronx
Kings
New York
Queens
Richmond
Diduduki1624
Pentadbiran
 • JenisDatuk Bandar-Majlis
 • Datuk BandarayaBill de Blasio
Keluasan
 • Bandar raya468.9 batu persegi (1,214.4 km2)
 • Tanah304.8 batu persegi (789.4 km2)
 • Air165.6 batu persegi (428.8 km2)
 • Bandar
3,352.6 batu persegi (8,683.2 km2)
 • Metro
6,720 batu persegi (17,405 km2)
Aras
33 ft (10 m)
Penduduk
 (2012)[1]
 • Bandar raya8,336,697
 • Kepadatan27,532/batu persegi (10,630/km2)
 • Bandar
18,223,567
 • Kepadatan bandar5,400/batu persegi (2,100/km2)
 • Metro
19,006,798
 • Kepadatan metro2,800/batu persegi (1,100/km2)
Zon waktuUTC-5 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
kod ZIP
100xx-104xx, 11004-05, 111xx-114xx, 116xx
Kod kawasan212, 718, 917, 347, 646
Laman sesawangwww.nyc.gov
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_display"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Bandar Raya New York (bahasa Inggeris: New York City, NYC) merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. Sebagai sebuah bandar raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia. Sebagai tuan rumah Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia juga menjadi pusat siasah antarabangsa yang penting. Bandaraya ini dipanggil Bandar Raya New York atau Kota New York untuk membezakannya daripada negeri New York di mana terletaknya bandar raya ini.

Bandar raya ini terletak di sebuah pelabuhan semula jadi yang besar di pantai Atlantik Amerika Syarikat Timur Laut di mana ia terdiri daripada lima daerah perbandaran (borough), iaitu The Bronx, Brooklyn, Manhattan, Queens dan Staten Island. Pada tahun 2009, dianggarkan bahawa jumlah penduduknya menghampiri 8.4 juta,[1] di atas tanah berjumlah keluasan 305 batu persegi (790 km2),[2][3][4] Bandar raya ini ialah bandar raya utama yang paling padat dengan penduduk di AS.[5] Jumlah penduduk di seluruh kawasan metropolitan New York juga yang terbesar di negara itu ialah kira-kira 19.1 juta orang yang menduduki tanah seluas 6,720 batu persegi (17,400 km2).

New York didirikan sebagai pusat perdagangan komersil oleh pendatang Belanda pada tahun 1624. Petempatan ini dinamai New Amsterdam sehingga tahun 1664 apabila jajahan ini dikuasai oleh penduduk Inggeris.[6] New York menjadi ibu negara Amerika Syarikat mulai tahun 1785 hingga 1790[7], tetapi kekal sebagai bandaraya terbesar di negara ini sejak tahun 1790.[8] Sebanyak 800 bahasa dipertuturkan di Bandaraya New York, menjadikannya bandaraya yang paling pelbagai bahasanya di dunia.[9]

Banyak daerah dan mercu tanda di bandar raya ini sudah tidak asing lagi kepada orang luar. Patung Liberty menyambut kedatangan jutaan penghijrah yang tiba di Amerika pada abad ke-19 dan ke-20. Times Square yang dianggap sebagai lambang kepada "Persimpangan Dunia", merupakan pusat daerah teater Broadway yang berwarna-warni, salah sebuah persimpangan jalan yang tersibuk di dunia serta sebuah pusat industri hiburan yang terulung di dunia. New York bersaing dengan London sebagai pusat kewangan dunia[10][11][12][13][14][15][16] dengan adanya Wall Street di Lower Manhattan, tempat terletaknya Bursa Saham New York, bursa saham terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran syarikat tersenarainya.

  1. ^ a b U.S. Census Bureau, Population Division, Table 5. Annual Estimates of the Resident Population for Minor Civil Divisions in New York, Listed Alphabetically Within County: April 1, 2000 to July 1, 2009 (SUB-EST2009-05-36) and Table 1. Annual Estimates of the Resident Population for Incorporated Places Over 100,000, Ranked by July 1, 2009 Population: April 1, 2000 to July 1, 2009 (SUB-EST2009-01), keluaran Jun 2010. Diterima pada 31 Julai 2010
  2. ^ American Fact Finder (U.S. Census Bureau): New York by County - Table GCT-PH1. Population, Housing Units, Area, and Density: 2000 Data Set: Census 2000 Summary File 1 (SF 1) 100-Percent Data Diarkibkan 2020-02-16 di archive.today, Diterima pada 6 Februari 2009.
  3. ^ "NYC Profile" (PDF). New York City Department of City Planning. Dicapai pada 2008-05-22.
  4. ^ Roberts, Sam (2008-05-22). "It's Still a Big City, Just Not Quite So Big". The New York Times (May 22, 2008). Dicapai pada 2008-05-22. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ County and City Data Book:2007 (U.S. Census Bureau), Table B-1, Area and Population Diarkibkan 2020-02-12 di archive.today, diterima pada 12 Julai 2008. New York County (Manhattan) was the nation's densest-populated county, followed by Kings County (Brooklyn), Bronx County, Queens County and San Francisco, California.
  6. ^ Shorto, Russell (2005). The Island at the Center of The World, 1st Edition. New York: Vintage Books. m/s. 30. ISBN 1-4000-7867-9.
  7. ^ "The Nine Capitals of the United States". United States Senate. Dicapai pada 2008-09-07.
  8. ^ "Rank by Population of the 100 Largest Urban Places, Listed Alphabetically by State: 1790–1990". U.S. Census Bureau. 1998-06-15. Dicapai pada 2009-02-08.
  9. ^ Roberts, Sam (2010-04-28). "Listening to (and Saving) the World's Languages". The New York Times. Dicapai pada 2010-04-29.
  10. ^ "The World's Most Expensive Real Estate Markets". CNBC. Dicapai pada 2010-05-30.
  11. ^ Review, Princeton; Gilbert, Nedda (2009-10-06). The Best 301 Business Schools 2010 by Princeton Review, Nedda Gilbert. Random House Information Group. ISBN 9780375429590. Dicapai pada 2010-05-30.
  12. ^ "Financial Capital of the World: NYC". Wired New York/Bloomberg. Dicapai pada 2010-05-30.
  13. ^ "The Tax Capital of the World". The Wall Street Journal. 2009-04-11. Dicapai pada 2010-05-30.
  14. ^ "JustOneMinute – Editorializing From The Financial Capital Of The World". Dicapai pada 2010-05-30.
  15. ^ "London may have the IPOs..." Marketwatch. Dicapai pada 2010-05-30.
  16. ^ "Fondos – Londres versus Nueva York" (PDF) (dalam bahasa Spanish). Cinco Dias. Dicapai pada 2010-05-30.CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne